in

Wanita Dikecam Bangga Mengaku Sengaja Tinggalkan Kesan Gincu Pada Baju Kekasih Status Suami Orang

Kesan Gincu Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Biar aku yang jadi nyonya satu-satunya dalam hidupnya.”



Begitulah pengakuan berani seorang wanita yang menjalinkan hubungan dengan suami orang di laman sosial TikTok yang kini viral di beberapa media sosial lain di negara jiran, Indonesia.

22012 Viral Pengakuan Pelakor Sengaja Tinggalkan Noda Lipstik Instagramatratunyinyirofficiall E1634437069191

Menerusi video yang dimuat naik, wanita berkenaan yang identitinya tidak didedahkan, mengaku sengaja meninggalkan kesan gincu pada baju yang dipakai pasangannya setiap kali mereka bertemu.

Alasannya adalah sengaja mahu membangkitkan kemarahan isteri kekasihnya dan berharap penemuan kesan gincu berkenaan boleh membuatkan pasangan suami isteri terbabit bergaduh. Malah, dia juga berharap pergaduhan itu akan berakhir dengan perpisahan buat kekasih dan isteri.

“Setiap kali berjumpa, pasti akan aku tinggal kesan gincu pada baju kekasih. Nanti lepas isteri dia cuci baju tu dan terjumpa, biar mereka gaduh sampai berpisah. Biar aku nanti jadi satu-satunya wanita dalam hidup dia,” tulis wanita itu.

Bukan ‘first time’ kongsi cerita jalinkan hubungan dengan suami orang kat media sosial

59710 Viral Pengakuan Pelakor Sengaja Tinggalkan Noda Lipstik Instagramatratunyinyirofficiall E1634437100862

Perkongsian wanita terbabit menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial lain yang rata-ratanya mengecam tindakannya.

“Nanti lepas kamu sudah jadi isterinya yang sah, buar kamu pulak yang jumpa bekas gincu pada baju suamimu,” tulis netizen.

“Yaking sangat bakal jadi satu-satunya wanita dalam hidupnya. Lepas berkahwin, kena curang jugak, padan muka!” tulis netizen lain.

“Jahat betul! Padahal sama-sama perempuan. Hukum alam berlaku, siapa yang menanam dia yang akan menuai,” sambung yang lain.

Tidak kurang juga, ada pengguna laman sosial lain yang berkata jika suami mereka sendiri berkelakuan sama seperti kekasih wanita terbabit, pasti lelaki itu akan dibelasah.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama wanita terbabit membongkar kisah hidupnya yang bangga menjalinkan hubungan dengan suami orang. Sebelum ini, dia sering memuat naik pelbagai konten lain yang serupa dan tak malu untuk membandingkan dirinya dengan isteri kekasihnya yang sah.

Sumber: Suara.com

Baca: [VIDEO] Kantoi Curang Dengan Isteri Dekat Pusat Vaksin, Suami & Skandal Dibaling Kerusi

Ft Suami Kantoi Curang Dekat Pusat Vaksin E1634435605326

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.