in

Wanita Berang Selepas Membayar Petrol RM15 Tetapi Cuma Terima 3.67 Liter Sahaja

Pam Minyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu harga minyak yang turun dan naik setiap minggu adalah isu yang paling sensitif buat rakyat Malaysia pada masa kini. Tambahan pula kalau minyak yang diisi itu tidak menepati harga yang telah ditetapkan kerajaan secara tiba-tiba. Jangan main-main… boleh bawa bergaduh!


Melalui perkongsian dari Martina Abu Hanifa di laman Facebook, dia telah mengisi minyak di Shell Salak South pada jam 12.20 pagi untuk ke tempat kerja. Namun apabila minyak sedang dipam ke tangki kereta, dia mendapati skrin meter mempamerkan amaun RM15 untuk 3.67 liter sahaja.

18519544 1438446772879267 1297721882503801220 N
sumber: facebook

Berasa aneh dengan hal tersebut, Martina merujuk ke kaunter yang mana ada juga seorang lelaki lain merungut akan hal yang sama apabila minyak yang diisi tidak sampai 5 liter tetapi amaun yang tertera sudah mencecah RM20.

18486216 1438446922879252 5006783811246976592 N
sumber: facebook

Apabila ditanya pada pekerja warganegara Bangladesh yang bertugas, dia hanya menjawab, “Sekarang minyak sudah naik.”

Aku tanya dia berapa naik. Dia suruh aku tengok dekat pam. Aku tengok dekat pam tulis RM4.09 sen/liter.”

Martina yang mula berasa curiga bertanya kembali kepada pekerja tersebut.

Eh, berapa seliter minyak sekarang? Takkan RM4.09 seliter?”

Namun pekerja Bangladesh tersebut hanya memberi jawapan yang sama iaitu minyak sudah naik dan kerajaan yang menaikkan harga minyak. Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut Martina mula naik angin dan bertanya dengan nada yang lebih tinggi dengan sebelumnya.

Kepala otak kau! Kalau minyak naik, takkan sampai RM4.09 seliter? Siapa yang set mesin tu?”

Pun begitu, pekerja tersebut masih menegaskan bahawa dia tidak mengetahui akan hal tersebut dan kata majikannya mesin tersebut telah ditetapkan dengan sendirinya. Martina dan beberapa orang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut meminta pekerja itu untuk menghubungi majikannya.

18447662 1438446866212591 2147557722887560061 N
sumber: facebook

Malangnya, majikan di stesen minyak tersebut tiada dan Martina memilih untuk menghubungi balai polis atas bantuan sahabatnya.

Aku dah sampai angin dekat kepala. Tinggal nak pecahkan cermin kaunter bayaran tu saja sebab aku nak ajar sikit bangla bodoh tu.”

Akhir sekali, aku telefon balai polis tempat kerja aku. Aku minta kawan tolong telefon balai polis berhampiran, sebab aku nak suruh anggota polis datang situ dan panggil bos Shell tu.”

Walaupun bagaimanapun, kekeliruan itu dileraikan apabila pekerja asing tadi mengembalikan semula wang Martina dan pelanggan lain atas bantuan salah seorang pelanggan yang ada di situ.

Aku tengok bangla tu dah pulangkan balik duit brader tu dan brader tu kata, ‘Bagi duit kakak ni cepat sebab kakak ni nak masuk kerja.”

Sungguhpun Martina menerima wangnya semula, namun dia masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Menurutnya,

Kau orang yang rajin isi minyak tu, hati-hati lah! Sentiasa tengok meter liter tu. Jangan main isi dan blah.” 

Stesen pam minyak janganlah bangkai sangat letak bangla tengah malam. Bila jadi hal, jawapan semua tak tahu.”

Situasi ini juga bukan saja berlaku pada Martina, malah melalui satu perkongsian di Penang Online, seorang lelaki yang mengisi minyak di Shell Bagan, Pulau Pinang juga menghadapi masalah yang sama.

Minyak Naik
sumber: facebook
18557344 720097208151037 8943520611727095004 N
sumber: facebook
18519587 720097238151034 5582483248563471967 N
sumber: facebook

Kedua-dua perkongsian itu telah mendapat respon dari netizen yang rata-rata berang dengan apa yang berlaku, namun ada juga yang mengatakan bahawa hal tersebut terjadi disebabkan kesilapan pihak Shell dalam menetapkan jumlah sen per liter di mesin pam tersebut.

Bahagian sen per liter tu bukan kaunter yang set. Kaunter hanya boleh set RM sahaja. Server yang set. Mungkin masalah teknikal. Tak pasal-pasal orang yang jaga kaunter dituduh.”

Sistem Shell auto set silap. Semua jugalah stesen Shell kena. Jangan salahkan bangla jaga kaunter dengan tauke stesen minyak, mereka pun kusut jugak semalam.”

Kemungkinan besar apa yang dikatakan netizen itu benar juga. Tidak mungkinlah dua stesen minyak Shell mempunyai masalah yang sama, bukan? Oleh itu, sebelum melulu marahkan pekerja stesen minyak, siasat dulu masalah dan rujuk kepada mereka yang lebih tahu akan hal ini. Semoga Shell menyelesaikan kecelaruan ini dengan segera.

Orang Malaysia memang cepat naik minyak kalau bab harga minyak, kan? Sabar korang semua, sabar…

Baca: Wanita Tidak Mahu Alihkan Kereta Selagi Tidak Diberi Tangki Penuh Petro Percuma

Proton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.