Gelagat mencuit hati seorang murid sekolah yang berani menghantar DM kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mencuri perhatian ramai.
Murid berkenaan menjemput Anwar Ibrahim untuk menghadiri Hari Usahawan Cilik yang diadakan di sekolahnya, As Sakeenah Learning Centre di Subang Jaya.
Tangkap layar mesej itu dikongsikan oleh gurunya menerusi platform Threads. Menurut gurunya, murid berkenaan bertanya kepadanya sama ada mereka boleh menjemput Perdana Menteri untuk hadir ke acara tersebut.
Namun, apa yang lebih melucukan dalam mesej tersebut, murid berkenaan memanggil Perdana Menteri dengan gelaran ‘Uncle Anwar’.
“Minggu lepas salah seorang murid kami tanya boleh ke ajak PMX datang Hari Usahawan Cilik.
“Kita pun cakap kalau awak berjaya buat PMX datang abi (cikgu) bagi awak 100 markah on classdojo (sebagai penghargaan). Tudia dia pi uncle (pak cik) je PMX,” tulis guru itu.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Wassalam. Amboiii…” – Ini Respon Balas PMX Lepas Kanak-kanak Hantar Mesej Minta Cuti Sekolah Selamanya
Artikel berkaitan: Hanya Di Sebalik Pagar Airport, Gelagat Dua Beradik Ini Beri Duit Raya Pada PMX Buat Netizen Terharu
PMX nasihat jajan beli jajan banyak sangat
Perkongsian itu turut menarik perhatian apabila PMX sendiri membalas pelawaan berkenaan, malah sempat menitipkan pesanan kepada murid-murid.
“Wassalam. Teringin nak pergi, tapi maaf hari Sabtu saya di Brunei. Saya doakan Hari Kantin taska berjalan lancar. Jangan beli jajan banyak sangat,” balas beliau.
Maklum balas mesra daripada PMX itu ternyata membuatkan guru berkenaan teruja dan bersyukur atas keprihatinan yang ditunjukkan.
Beliau turut menyatakan bahawa jawapan itu pasti membuatkan murid-muridnya melompat keriangan.

Walaupun tidak dapat hadir kerana berada di Brunei, respon berkenaan ternyata mencuri perhatian apabila beliau tetap meluangkan masa membalas pelawaan tersebut.
Sumber: Threads
