Sebelum ini, beberapa penyanyi Malaysia telah berjaya menghiasi billboard di Times Square, New York dan kini ia giliran Ernie Zakri pula untuk terpampang di billboard berkenaan.
Ernie memberitahu, dia sendiri tidak pernah menjangkakan perkara itu namun menganggapnya sebagai sebuah kejayaan untuk dikenali lebih ramai.
Berita gembira itu, dikongsi melalui akaun rasmi Instagramnya yang dimuat naik bersama sebuah video yang memaparkan wajah Ernie di billboard tersebut di New York.
View this post on Instagram
Mengulas lanjut mengenai berita ini, Ernie meluahkan rasa gembira dengan kejayaan dirinya itu dan akui tidak pernah terbayang yang wajahnya akan terpampang di papan iklan di Times Square.
“Saya sangat gembira dengan berita ini. Ia sememangnya salah satu kejayaan besar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.”
“Saya tak pernah terbayang yang wajah saya akan terpampang di billboard Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,” katanya.
Penampilan Ernie pada billboard tersebut sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal bersama platform penstriman muzik, Spotify.
Sebagai info tambahan, Equal adalah program yang mengetengahkan perjuangan kesamaan artis wanita dari seluruh dunia.
Ernie turut berkata, setiap nyanyiannya adalah pesanan buat kaum wanita selain menyimpan hasrat menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluarganya.
Dikenali dengan vokalnya yang mantap, Ernie gembira melihat segala penat lelah dan usahanya kini membuahkan hasil.
Dalam pada itu, dia turut memberitahu bahawa tahun 2023 ini seakan memihak kepadanya apabila banyak kenangan manis tercipta dan dia juga sedang dalam proses menghasilkan sebuah album dalam masa terdekat.
Ernie turut tersenarai sebaga Lagu Terbaik Global Equal yang menyenaraikan penyanyi Equal mewakili muzik dan artis sejagat seluruh dunia.
Tahniah diucapkan atas kejayaan Ernie!
Baca : “Merdu sangat!” – Bertaranum Dengan Johan Tilawah Al-Quran, Ernie Zakri Buat Orang Ramai Terpegun