Belum lagi reda dengan penyebaran Covid-19 yang menyerang dunia, kini India seakan diserang penyakit misteri yang baharu.
Sejak minggu lalu, lebih 450 penduduk di bahagian selatan negara itu dikejarkan ke hospital selepas mereka dikatakan mengalami gejala seperi loya, kegelisahan serta tidak sedarkan diri. Lebih parah lagi, beberapa orang penduduk di Andhra Pradesh turut dilaporkan berbuih di mulut.
Pertama kali ditemui
Kesemua pesakit yang dibawa untuk mendapatkan rawatan, dijalankan ujian saringan Covid-19, namun kesemua mereka disahkan negatif.
Kami sudah menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada kesemua mereka, namun keputusan menunjukkan mereka bebas daripada virus itu – Dolla Joshi Roy, Pegawai Pengawasan Daerah
Selain itu, pesakit turut diuji dengan penyakit merbahaya yang lain seperti denggi, chikugunya dan herpes, namun semua ujian yang dilakukan belum menunjukkan sebarang hasil.
Penyakit seumpama ini yang pertama kali dicatatkan di negara itu.
Selain semakan kesihatan pesakit, menurut Dolla Joshi, inisitif lain yang dilakukan untuk mengenal pasti punca penyebaran peyakit ini adalah dengan menguji tahap kebersihan air dan makanan di daerah itu.
Doktor pakar sedang berusaha untuk mencari punca kepada penyebaran penyakit ini dan kami sedang menantikan keputusannya di makmal. Ia mungkin berpunca daripada pencemaran air, makanan atau udara.
Tapi apa yang kami pasti, penyebaran penyakit ini bersifat setempat kerana mangsa yang terkesan menetap di kawasan yang sama.
Menurut pegawai perubatan di Hospital Kerajaan Eluru, selain daripada muntah pesakit turut mendakwa mata mereka terasa pedih seakan-akan terbakar lapor The Guardian.
Kebanyakkan pesakit terutamanya kanak-kanak, akan muntah secara tiba-tiba setelah mengatakan mata mereka seakan-akan dibakar.
Setakat ini, hanya satu kematian sahaja yang dilaporkan, iaitu seorang lelaki berusia 45 tahun yang mempunya gejala sakit jantung.
Menurut Lad Bilbble, penyebaran penyakit ini nyata meningkatkan kadar kerisauan kerana kawasan itu mencatatkan kes Covid-19 yang sangat tinggi. Andhra Pradesh juga merupakan kawasan di India yang paling terkesan akibat serangan Covid-19 iaitu dengan lebih 800,00 kes telah dicatatkan.
India berada di tangga ketiga akibat jangkitan Covid-19 selepas Amerika dan Brazil.
Harap-harapnya mereka berjaya temukan punca penyebaran wabak itu, kalau tak lagi susah la mereka nak ubati penyakit misteri tu!