Polis kini membuka kertas siasatan ke atas Pengerusi Malaysia Berhad, Dato’ Sri Tajuddin Bin Abdul Rahman ekoran dengan video viral di media sosial yang menunjukkan beliau tidak memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang media setelah selesai meninjau insiden nahas LRT di KLCC semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohammad Zainal Bin Haji Abdullah berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17(1), Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1397356294441357312?s=21
Kata Mohammad Zainal lagi,kesemua yang terlibat dalam kes ini juga akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberikan keterangan dalam masa terdekat.
“Kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat pendakwa raya apabila siasatan selesai dijalankan. Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh MKN kerana kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan di ambil di bawang undang-undang dan peraturan yang masih berkuatkuasa,” katanya.
Baca : “Apa you nak tahu?”- Ramai Netizen Kurang Senang Cara Pengerusi Prasarana Jawab Isu Nahas LRT