in

“Apa you nak tahu?”- Ramai Netizen Kurang Senang Cara Pengerusi Prasarana Jawab Isu Nahas LRT

Nahaslrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian tragis telah berlaku kira-kira jam 8.45 malam tadi yang melibatkan dua LRT telah bertembung berdekatan kawasan KLCC.


Menurut FMT, dilaporkan dalam 47 orang penumpang cedera parah, manakala 166 lagi mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.

Dalam kekecohan insiden tersebut, berlaku satu isu apabila  Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) menzahirkan rasa tidak puas hati dengan Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman.

 

Ini tidak menghormati keselamatan dan kebajikan penumpang.”

E2Kdni2Ucauidpm

Menurut sumber, kelibat Tajuddin di lokasi kejadian malam tadi menjadi tanda tanya netizen apabila hanya Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong dilihat turun padang.

Disebabkan itu, 4PAM mendesak Tajuddin Abdul Rahman dipecat serta-merta kerana gagal menguruskan insiden tersebut.

Malah Presiden Ajit Johl berkata, beliau dikatakan tidak memberikan sebarang respon memandangkan bencana ini disifatkan yang terburuk dalam sejarah sistem pengangkutan awam, lapor FMT.

Bagaimanapun, hari ini, Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tampil memberikan keterangan menerusi satu sidang media berhubung dengan kejadian ini.

 

Saya pun dapat tahu lambat tentang apa yang berlaku” – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menjawab ketiadaannya turun padang semalam, beliau menjelaskan bawa perkara itu diketahui agak lewat kerana ada satu urusan dengan sebuah syarikat.

“Saya baru habis petang itu satu tugasan dengan pihak.. untuk syarikat di Subang, saya pun dapat tahu lambat tentang apa yang berlaku, jadi pada masa itu, saya pun dah bersedia untuk vaksinasi hari ini, saya akan ambil dos kedua hari ini.”

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bahawa dirinya ambil serius tentang perkara ini dan terus turun padang pada pagi tadi untuk membuat tinjauan. Tambah beliau lagi, pampasan juga telah diberikan kepada semua penumpang yang terlibat.

E2Kdca Vcaqggaz

“Saya terus kesana pagi ini, saya begitu ambil serius dalam hal ini. Jangan lah cuba nak provoke, tak bagus, semalam menteri pun dah turun. Apa yang kami betul-betul ambil berat dengan penumpang, perkhidmatannya, tak ada pula kami mengabaikan tanggungjawab kami.”

Tonton video penuh di bawah ini.

 

Unprofessional –  Netizen

Berdasarkan kenyataan yang diberikan itu, ramai netizen yang kurang senang dengan cara jawapan yang diberikan apabila disoal wartawan.

T9 T8 T7 T6 T5 T4 T3 T2 T

Untuk rekod, Harian Metro melaporkan bahawa,Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa kesemua mangsa nahas LRT ini bakal menerima pampasan RM 1,000 dan kos rawatan hospital akan ditanggung.

 

Baca : 213 Mangsa Kemalangan LRT Bakal Dapat RM1,000 Seorang

Nahas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.