in

Viral Video Makcik Mandikan Anjing Dalam Bilik Salin Lampin R&R Tapah, Ini Teguran Mufti Wilayah Buat Netizen

Mufti4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pagi tadi isu berkenaan dengan video seorang wanita yang memandikan anjingnya di bilik persalinan lampin R&R Tapah hangat diperkatakan.


Bermacam-macam jenis kecaman dan tohmahan dilemparkan terhadap sikap wanita yang tak sensitif itu.

Susulan dengan perbalahan yang melibatkan sensitiviti agama, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil memberikan respon buat netizen.

 

“Rakyat Malaysia sewajarnya lebih matang”

Mufti2

Ia susulan tohmahan dan kecaman yang dilemparkan kepada netizen ini lebih menjerumus kearah perkauman dimana ia menyimpang dan tidak selaras dengan pegangan rukun negara kelima iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan”.

Tak dinafikan tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut boleh mendatangkan kemarahan orang ramai, tetapi usahlah terlalu cepat jatuh hukum terhadap sesuatu kaum.

Oleh sebab itulah Mufti Wilayah ada memberikan sedikit teguran buat netizen dalam kenyataan di Facebook memandangkan dia dihujani pertanyaan terhadap isu ini.

 

Saya percaya, itu cuma sikap individu dan tidak melambangkan sesebuah kelompok masyarakat tertentu.

Mufti3

Video viral di Twitter ini telah meraih lebih daripada 3,000 retweets sejak semalam ia mula dimuat naik.

 

“Sikap tak bertamadun”

https://twitter.com/HilmiAdi/status/1094720061254729728

Sikap yang tak bertamadun ini telah mengundang kemarahan orang ramai biarpun telah ditegur oleh cleaner dan orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut, wanita ini hanya endahkan saja.

Disebabkan itu Hilmi Adi Ruzaini tularkannya. Bagaimanapun pihak PLUS Malaysia Berhad telah pun melaksanakan pembersihan samak dengan kadar segera.

 

Akan memastikan pemantauan berterusan dari masa ke semasa.- PLUS Malaysia Berhad

Plus Plus2 Plus3

Tambah PLUS lagi, mereka akan membuat pengawasan dari semasa ke semasa, dan tindakan lebih tegas akan dilakukan.

“Untuk makluman, pihak kami dengan segera telah menjalankan proses penyamakkan di bilik tukar lampin tersebut dan akan memastikan pemantauan berterusan dari masa ke semasa. Papantanda dan poster haiwan peliharaan tidak dibenarkan juga diletakkan di perkarangan kawasan rehat.”

Apapun, jangan terlalu attack pada sesuatu bangsa, tak payah melibatkan perkauman. Ada je orang bangsa lain, bahkan orang kita sendiri buat perangai tak gitu? Mufti pun dah buat kenyataan.

 

Baca : Netizen Bengang Wanita Cina Selamba Bawa Anjing Pergi Kedai Makan Halal Dekat Temerloh

Bawa Anjing

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.