Satu video tular dan telah mendatangkan kebimbangan orang ramai apabila melihat dua orang kanak-kanak bermain di tepi balkoni rumah apartment.
Susulan dengan penularan itu, pihak polis telah memberikan kenyataan berhubung isu terbabit dan sudah menjalankan siasatan.
Ibu bapa tak perasan
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Bin Abu Samah berkata, video itu tular semalam (25/10/2022) kira-kira jam 4 petang dan kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, Kuala Lumpur.
Katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semalam.
Oleh itu, pihk polis telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa ibu bapa pada hari kejadian berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku.
“Kes disiasat oleh Pegawai Penyiasat dari Bahagain (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).”
Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM 20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-keduanya.
Oleh itu, pihak polis telah menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak-kanak.
Baca : Viral Video Pelajar Sekolah Diajar Cara Pakai Kondom Undang Perdebatan Netizen