in

Viral Video Honda Civic Rempuh Motosikal, Rupanya Pemandu Nak Lari Dari Isteri Lepas Bertengkar

Rempuh Motosikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam viral satu kejadian langgar lari membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh seorang penunggang motosikal di kawasan kedai di Taman Tun Teja, Rawang, Selangor.


Menerusi video berdurasi 19 saat itu, dilihat beberapa orang yang berada di sekitar premis sempat melihat kejadian sebelum situasi menjadi tegang.

Rakaman menunjukkan mangsa bergegas bangun dari motosikalnya dan berlari untuk menyelamatkan diri ke arah yang lebih selamat apabila pemandu terbabit dilihat seolah-olah nekad mahu melanggar lagi.

Artikel berkaitan: “Takkan dia tak nampak?” – Lelaki Bangladesh Cedera Dilanggar Motor Sebelum Kena Rempuh Myvi

Artikel berkaitan: “Dah macam Transformers pulak”- 3 Kenderaan Berat Jengkaut ‘Bergaduh’ Di Ladang Kelapa Sawit

Screenshot 2023 12 01 103345

Selang beberapa saat, pemandu itu berundur ke belakang untuk mengambil ruang sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian.

Memetik sumber Kosmo!, pemandu yang telah ditahan polis pada petang Khamis bertindak merempuh orang awam ketika ingin melarikan diri selepas bertengkar dengan isterinya.

“Kejadian berlaku semasa suspek hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

“Mangsa (penunggang motosikal) yang pada masa itu berada di tempat kejadian telah cuba menghalang suspek namun dirempuh sehingga mengalami kecederaan pada siku dan kaki,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohammad Nasir.

Noor Ariffin berkata, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian siku, tangan serta kaki.

Menurut saksi kejadian, punca pergaduhan itu berlaku disebabkan isteri suspek mahu mengambil kereta terbabit namun tidak disetujui hingga menyebabkan suspek bertindak mahu melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.