in

“Tak kuat saya…” – [VIDEO] UEL Luang Masa Dengan Adik Basyir Lepas Viral Pegang Baju Kuning Ayah

Page Uel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti ramai yang sedia maklum, baru-baru ini tular di media sosial terutamanya di TikTok apabila pemilik akaun @cikpuangojes memuat naik video dirinya berjumpa dengan adik berusia enam tahun dikenali sebagai Basyir yang menjaga ibunya.


Apa yang menyentuh hati orang ramai adalah apabila adik Basyir ini menunjukkan keadaan rumahnya dan memegang baju kuning tergantung di hadapan rumah milik ayahnya yang telah meninggal dunia.

@cikpuangojes

Ayahhhh ????

♬ original sound – Cik Puan Gojes – Cik Puan Gojes

Lebih memilukan apabila ibunya tidak boleh berjalan dan kerusi roda dilihat dalam keadaan uzur serta keadaan rumah yang serba kekurangan.

“Masya-Allah, laju je UEL ni datang”

Dalam masa 24 jam video itu tular di media sosial, penceramah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew atau mesra digelar UEL terus tiba di rumah adik Basyir ini yang berada di Kedah untuk meninjau keadaan rumah dan juga ibunya.

@ustazebitlew

Sedih adik Basyir enam tahun yg menjaga ibu yg tidak boleh berjalan#ebitlew #viral #fyp

♬ suara asli – Mrs.attitude ?? – Punya Giyoo?

Kunjungannya itu dimuat naik oleh UEL sendiri di akaun TikToknya @ustazebitlew. Difahamkan dia turut hadiahkan kerusi roda baru dengan kemudahan yang lebih sesuai untuk digunakan oleh ibu Basyir.

Tindakan UEL yang segera berikan bantuan kepada dua beranak itu mendapat perhatian netizen kerana rata-rata berterima kasih kepadanya yang sanggup untuk terus berjumpa adik Basyir dan ibunya.

Tiktok Full 2

Rami yang turut mendoakan supaya adik Basyir akan sentiasa menjadi anak yang soleh kerana kegigihannya menjaga kebajikan ibu telah meruntun hati netizen kerana umurnya yang masih muda.

Huhu… Min tak boleh betul lah bila tengok video pasal adik Basyir ni. Auto rasa sebak!

Baca: “Nak dekat, rindu pada Allah” –  [VIDEO] UEL Kongsi Pengalaman Bertemu Golongan Transgender Di Indonesia

Untitled 1 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.