in

Viral! Pekerja Kilang Pijak & Jilat Roti Kering Sebelum Dibungkus

Fi Pijak Rotiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.


Bagi sesiapa yang gemar menikmati roti kering sambil menghirup secawan teh mahupun kopi, mesti korang akan terasa loya dengan melihat apa ditunjukkan oleh beberapa individu ini.

Jijik!

Itulah yang boleh dikatakan selepas melihat aksi beberapa pekerja kilang di India ini, apabila sebuah video menunjukkan mereka memijak dan menjilat roti kering sebelum dibungkus menjadi viral.

Dalam video berkenaan, kelihatan dengan jelas seorang pekerja lelaki ini memijak dulang yang berisi roti kering ini. Bukan itu saja, dia juga dilihat dengan sengaja meletakkan kakinya di atas satu lagi dulang yang penuh berisi dengan roti kering yang dah siap disusun menurut Indiatimes.

Pijak Roti 1

 

Jilat dengan sengaja

Dikala terlihat pekerja-pekerja yang lain sedang menyusun dan memasukkan roti tersebut ke dalam bungkusan, seorang lagi pekerja lelaki ini pula turut sama melakukan perkara jijik tersebut.

Selepas beberapa ketika, terlihat satu lagi susunan baru dulang yang berisi dengan roti kering berkenaan.

Namun kini lebih menjijikkan, apabila lelaki yang merakam aksi tersebut tadi menunjukkan dirinya menjilat beberapa roti kering ini sebelum dibungkus. Bukan sekali, malah dua kali dia dilihat perkara kotor itu.

Pijak Roti 2 Edit

Pijak Roti 3 Edit

Video aksi mereka tersebut ada dimuat naik melalui akaun Instagram @GiDDa, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 66k tontonan dalam masa beberapa hari.

 

“Tak makan roti kering lagi dah”

Hasil tinjauan ke laman YouTube yang telah memuat naik semula video tersebut, nyata netizen terkejut dengan perkara yang terjadi itu. Ada seorang netizen memberitahu bahawa ini jadi satu sebab dia takut untuk makan roti kering lagi lepas ini. Selain itu juga, ramai yang masih terkejut dengan aksi jijik ditunjukkan oleh pekerja kilang berkenaan.

Reak Pijak Roti 2 Edit Reak Pijak Roti 3 Edit Reak Pijak Roti 1 Edit

Kenapalah dia terfikir nak buat macam tu ya? Harap-harap tak ada lagilah kejadian macam ni terjadi lagi lepas ini.

 

Baca : “Kelapa kisar dipijak, mi sua kat lantai dihurung lalat” -Jijik! Dua Kilang di Tasek Gelugor Diarah Tutup 14 Hari

Foot Pijak Roti

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.