in

13 Warga Asing Bergelang Putih Dari Kluster Jalan Lombong Pergi Kedai Runcit Lepas Buat Swab Test

Ft Gelangputih

Tindakan 13 warga asing singgah sebuah kedai runcit di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi selepas menjalani ujian saringan Covid-19 telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut laporan, mereka terdiri yang daripada 4 lelaki dan 9 wanita itu bekerja di sebuah kilang berdekatan dan dilihat memakai gelang putih untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Runcit2

Runcit4

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk dan hasil siasatan mendapati mereka pergi ke kedai runcit itu untuk membeli bekalan makanan untuk tempoh kuarantin.

Kita ada menerima maklumat mengenai perkara itu dan terus menggerakan pasukan pemantau Covid-19 serta petugas Kementerian Kesihatan ke lokasi yang dinyatakan.”

Kesemua mereka terus diarahkan pulang dan pasukan pemantauan juga terus melakukan rondaan bagi memastikan kesemua individu berkaitan Kluster Jalan Lombong itu terus ke alamat kuarantin masing-masing.”

Sebelum ini, beberapa gambar menunjukkan wanita warga asing tersebut sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai tular di media sosial. Ianya menimbulkan kerisauan penduduk setempat selepas melihat kumpulan tersebut memakai gelang putih.

KOTA TINGGI,01/02/2021– Tular di laman sosial gambar beberapa orang warga asing memakai gelang putih membeli barangan di…

Posted by Polis Daerah Kota Tinggi on Monday, February 1, 2021

 

Buat rombongan ke kedai runcit pulak ek….

Baca: “Kami orang kampung, orang susah, bukan kami sengaja” – Penduduk Kampung di Sabah Dikompaun Waktu Keluar Beli Barang Keperluan

Ft Kompaun

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook