in

[Video] Warga Emas Selamba Suap Buaya Makan, Siap Usap Lagi Tu!

Final Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang pencinta haiwan, sudah tentu akan memilih haiwan-haiwan yang comel seperti anjing, kucing, arnab dan sebagainya sebagai haiwan peliharaan.


Haiwan-haiwan sebegini bukan sahaja comel malah jinak dan boleh disentuh serta dipeluk.

Namun, bagaimana pula dengan haiwan-haiwan liar dan ganas? Adakah anda sanggup untuk membela haiwan-haiwan pemangsa ini tanpa rasa risau akan ‘dingap’ pada masa akan datang?

Nah, baru-baru ini tular di media sosial berkaitan klip video seorang lelaki warga emas yang dikatakan telah membela seekor buaya!

Nak tengok video, klik link ini

 

‘Selamba’ suap buaya makan

Dalam klip video tersebut yang telah dimuat naik di akaun Instagram milik @agoez_bandz4, lelaki berkenaan dilihat tanpa rasa ‘cuak’ telah ‘selamba’ menyuap daging mentah ke mulut seekor buaya yang bersaiz ‘bapak’ besar.

Lelaki itu telah memberi makan reptilia berkenaan bukannya di atas darat, tetapi di atas perahu di dalam sungai pula tu!

Buaya berkenaan dilihat menyandar rapat di bahagian tebing perahu sambil mengangakan mulutnya sebelum lelaki berkenaan mencampakkan daging mentah ke dalam mulutnya.

Buaya Nganga Baru

Buaya Makan Baru

 

Siap belai bahagian badan buaya

Bukan setakat diberi makan, malah lelaki berkenaan turut menyentuh dan membelai bahagian badan buaya berkenaan tanpa rasa takut.

Warga emas berkenaan yang dkenali sebagai Pak Ambo, telah menetap di Bontang, Kalimantan Timur, Indonesia. Menurutnya, buaya berkenaan yang diberi nama Riska itu sememangnya manja dan rapat dengannya.

Buaya Belai Kepala

Buaya Belai 2

Wow siap ada nama. 

 

“Mungkin dibela sejak kecil” – Netizen

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih sebanyak lebih daripada 30,000 views. Rata-rata netizen berasa kagum dengan keberanian Pak Ambo yang ‘selamba’ memberi buaya itu makan.

Ada juga netizen yang berpendapat Pak Ambo telah membela Riska dari kecil. Disebabkan itu buaya tersebut kelihatan kenal dan rapat dengannya.

Komen 1 2

Komen 3 2

Komen 4

Dengar cerita buaya darat pun jinak-jinak.

Baca: “Anak tak anak sekali dia ngap”-Dakwa Ada Ikatan Batin Dengan Haiwan, Pak Cik Ini Ambil Buaya Jadi Anak Angkat Baca Buaya

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.