in

[Video] Wanita Mengadu Sakit Kepala, Bila Doktor Check Rupa-rupanya Ada Lipas Tengah Korek Tengkoraknya

Feat 17

Korang pernah tak rasa sakit kepala yang menyucuk mula dekat belakang mata lepas tu merebak sampai satu kepala?

Wanita dari India ni rasa sakit kepala yang sama tapi ditambah lagi dengan rasa gatal dekat bahagian hidung dan susah nak bernafas.

Menurut Weird News Asia, Selvi yang berasal dari Chennai ini tahu ada sesuatu yang tak kena sejurus selepas dia bangun tidur. Mana taknya, kepala dia tiba-tiba sakit dan di bahagian hidung berhampiran mata, dia rasa gatal seperti ada benda bergerak.

Cockroach3

Pada awalnya, Selvi dan anaknya pergi ke klinik berhampiran tapi doktor di sana tak menemui apa-apa yang tak normal. Tak puas hati dengan keputusan itu, Selvi akhirnya pergi ke Stanley Medical College untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Di sana, beberapa ujian telah dijalankan dan segalanya nampak normal sehinggalah salah seorang doktor memasukkan kamera ke dalam badannya dan melihat kaki serangga di dalam hidung wanita ini.

Tak tahu serangga apa yang dah masuk dalam hidung Selvi, doktor ini kemudian memanggil pakar  telinga, hidung dan mulut, M.N. Shankar untuk memeriksa wanita ini.

Dr. Shankar yang dah biasa mengeluarkan serangga seperti lalat, semut dan cacing dari tengkorak manusia ini tahu prosedur yang perlu dia lakukan pada Selvi.

Menggunakan forsep dan mesin penyedut, dia bertarung untuk mengeluarkan serangga ini selama 45 minit. Apabila dia keluarkan serangga tersebut, pakar ini terkejut melihat serangga itu adalah lipas yang masih hidup. Tak nak!

https://www.youtube.com/watch?time_continue=83&v=n-i8P-DW2dY

“Lipas ini duduk di bahagian tapak tengkorak di antara dua mata berhampiran dengan otak.

“Kerana kedudukannya dekat dengan otak, susah untuk saya keluarkannya.

“Jadi saya perlu bawa serangga ini ke tempat yang saya senang nak tarik keluar.

“Lepas 45 minit, saya berjaya keluarkan lipas itu dari tengkorak Selvi.”

Cockroach2

Dr. Shankar menjangkakan lipas ini dah duduk dalam kepala Selvi selama 12 jam dan ia mengorek bahagian atas kaviti hidung wanita ini menyebabkan dia sukar untuk bernafas.

Wanita ini hampir mati. Kalau lipas tersebut mati berhampiran tempat saya temuinya, ia boleh menyebabkan jangkitan yang boleh membawa maut.”

Walaupun wanita ini terselamat dari maut, Dr. Shankar memberi amaran yang kes ini juga boleh berlaku pada sesiapa saja.

So, kalau korang tiba-tiba sakit kepala tu cepat-cepatlah pergi check. Lepastu, make sure bilik korang bersih so that tak ada lipas yang tiba-tiba merayap dekat muka korang. 

 

Baca: “Kalau lambat, saya kena keluarkan biji matanya” – Doktor Jumpa 4 Lebah Hidup Dalam Mata Wanita Ini

Screenshot 2019 04 24 At 4.24.16 Pm