in

“Kalau lambat, saya kena keluarkan biji matanya” – Doktor Jumpa 4 Lebah Hidup Dalam Mata Wanita Ini

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau habuk masuk mata pun dah sakit, cuba bayangkan kalau ada serangga hidup dalam mata korang?


Ini yang dilalui oleh wanita yang hanya dikenali sebagai He apabila doktor menemui empat ekor lebah hidup dalam matanyaScarynyaaa

Menurut CNN, tragedi ini berlaku semasa wanita ini sedang mencabut lalang di sekitar kubur ahli keluarganya sebelum dia rasa ada sesuatu masuk ke dalam matanya.

He berkata, walaupun dia dah basuh matanya beberapa kali namun rasa sakit pada matanya tetap tak hilang.

Kerana tak tahan dengan rasa sakit yang menyucuk, tiga jam kemudian He pergi ke Hospital Universiti Taiwan untuk mendapatkan rawatan sebelum dia dapat tahu berita yang sangat memeranjatkan.

Doktor yang merawat wanita ini, Dr. Hung Chi-ting mendedahkan penemuan memeranjatkan ini dalam satu press conference.

Screenshot 2019 04 12 At 11.12.41 Am

“Bila saya melihat mata wanita ini menggunakan mikroskop, saya melihat sesuatu seperti kaki serangga, jadi saya keluarkan kaki tersebut perlahan-lahan. 

“Serangga tersebut adalah lebah dan bukan satu malah ada empat lebah sedang bersarang dalam saluran air mata wanita itu.”

Nasib wanita ini baik kerana lebah ini belum sempat membuat apa-apa kerosakan pada matanya.

Dia bernasib baik kerana cepat datang ke hospital. Kalau tak, saya kena keluarkan biji matanya.”

Kalau korang nak tahu, lebah yang bersarang dalam mata wanita ini dikenali sebagai “lebah peluh” kerana mereka biasanya tertarik dengan peluh.

Walaupun lebah jenis ni makan juga debunga macam lebah lain, tapi dorang lebih tertarik dengan peluh, air mata dan mayat reput.

Biasanya lebah ni tak akan menyengat kalau tak disentuh dan tubuh mereka lebih kecil dari lebah yang biasa korang nampak. Sebabtu, kadang-kadang korang tak perasan pun kewujudan lebah ni.

So, kalau tiba-tiba korang rasa macam mata korang masuk habuk lepasni, hati-hati lah ye?

 

Baca: “Kita ada ulat sampah, lepas tu tikus sekarang lebah pulak.. – PANAS! Tony Fernandes Sindir Sindir KLIA 2 Dah Macam Zoo, Tapi Lepas Tu”..

Screenshot 2019 04 12 At 11.14.19 Am

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.