in

[VIDEO] Viral Video Guard Mengamuk Di Hospital, Rupanya Sebab Tak Ikut Waktu Melawat?

Pengawal Keselamantan Mengamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerja sebagai pengawal keselamatan bukanlah suatu kerja yang mudah kerana tanggungjawab yang dipikul amat berat. Jadi, kita haruslah sentiasa mematuhi arahan semasa mereka bertugas.


Macam baru-baru ini, telah tular sebuah video di Twitter menunjukkan seorang pengawal keselamatan yang baru lepas mengamuk dan sedang ditenangkan oleh rakan-rakannya.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Hospital Teluk Intan itu, terjadi apabila waris pesakit tidak mematuhi peraturan waktu lawatan dan telah mencetuskan kekecohan.

 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kekecohan itu berlaku dalam pukul 11 malam itu melibatkan waris pesakit dan pengawal keselamatan yang sedang bertugas pada waktu itu.

Berdasarkan siasatan, insiden itu terjadi disebabkan waris pesakit mahu menghantar salinan x-ray kepada pesakit yang berada di dalam wad perempuan.

Walaupun waktu melawat sesi petang sebenarnya sudah tamat pada jam 7 malam, pengawal keselamatan tersebut telah menggunakan budi bicara dan membenarkan waris itu masuk melawat sekiranya, waris yang sedang menjaga pesakit di dalam wad ditukar kerana hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk pada satu masa.

Screenshot 2022 10 20 121007

Bagaimanapun, keengganan waris mematuhi peraturan yang ditetapkan telah menimbulkan provokasi kepada pengawal keselamatan tersebut sehingga berlaku pertengkaran.

Munurut Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri,  pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan isu berkenaan masing-masing oleh penyelia pengawal keselamatan dan pengawal keselamatan bertugas, lapor Kosmo.

Dia cuma menjalankan tanggungjawabnya, tak perlulah menimbulkan provokasi sehingga menjadi pergaduhan. Apapun kita tunggu la siasatan pihak berkuasa…

Baca : Netizen Kecam Tindakan Polis ‘Sound’ Sekuriti Lepas Kena ‘Clamp’, Ugut Nak Tangkap Bila Jadi Inspektor Nanti

Clamp Motor 758X421 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.