in

[VIDEO] Viral Dalam 30 Orang Serang Polis Guna Kayu & Besi Di Cheras

Ft Video Orang Ramai Serang Polis

Sejak semalam, viral satu video di media sosial memperlihatkan sekumpulan orang awam telah menyerang beberapa anggota polis ketika menjalankan tugas.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di Cheras semalam ( 28 September 2021), video 49 saat itu memperlihatkan orang ramai berkerumun ke arah anggota polis dan ada yang sehingga menggunakan barang untuk menyerang mereka.

 

30 orang serang polis

Sebelum ini, timbul satu dakwaan yang mengatakan bahawa pihak berkuasa mahu runtuhkan tokong dikawasan berhampiran. Namun begitu pihak IPD Cheras telah tampil beri keterangan.

Video Orang Ramai Serang Polis 3

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzham Bin Hj. Jaafar berkata, operasi oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) itu dijalankan untuk membina pagar penghadang bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.

Video Orang Ramai Serang Polis 2

Dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 11.45 pagi hingga 4.00 itu, polis dari IPD Cheras telah hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi yang dijalankan.

“Semasa operasi sedang dijalankan, terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan berbangsa Cina membawa kayu dan besi. Kumpulan ini telah bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas ditempat kejadian.”

Kata Idzham lagi, pihak polis telah menahan 4 orang berumur sekitar 19 tahun hingga 50 tahun bagi membantu siasatan. Kes akan di siasat dibawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Video Orang Ramai Serang Polis 4

Menjawab spekulasi yang tular di media sosial, Muhammad Idzham berkata, pihaknya menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong di dalam kejadian tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi ASP Mohamad Sukri Bin Ishak (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 013-2165881 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan bagi membantu siasatan.

 

Baca : “Suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati” – Polis Klasifikasi Semula Kes Serangan Keatas Pengawal Keselamatan Sebagai Bunuh

Ft Pengawal Keselamatan Diserang