in

[VIDEO] Viral Lelaki Terduduk Menangis & Cuba Cekik Diri Sendiri Lepas Wanita Dikenali Dari Mobile Legends ‘Reject’ Cintanya

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk membuktikan cinta, ramai yang sanggup buat apa sahaja. Bak kata pepatah dulu “lautan api pun sanggup direnangi”.


Begitu juga dengan pemuda yang berasal dari Pekanbaru, Riau, Indonesia ini.

Menurut Suara, demi membuktikan cintanya kepada wanita yang dikenali dari permainan video Mobile Legends, dia sanggup menunggang motor dari tempatnya ke Padang Panjang.

Untuk pengetahuan korang, perjalanan dari Pekanbaru ke Padang Panjang menaiki motosikal mengambil masa sehingga 5 jam 28 minit.

Namun begitu, selepas membuat perjalanan jauh untuk meluahkan rasa cintanya, luahannya itu telah ditolak.

E8Pf5Miuyaerl1U

Tak dapat menahan rasa kecewa, pemuda yang berehat di tepi jalan ini telah menangis sehingga menarik perhatian penduduk di sana yang turut sama membantu menenangkan lelaki tersebut.

Selain itu, penduduk di sana turut memberikan air kepada lelaki yang sedang bersedih itu. Menerusi perbualan dalam video tersebut, wanita yang dicintainya itu mengatakan yang dia jahat.

Bukan itu sahaja, lelaki ini juga cuba untuk cederakan dirinya dengan mencekik lehernya sendiri kerana terlalu kecewa dan patah hati.

Istighfar kamu istighfar, masih banyak cewek lain.”

Video yang dimuat naik di media sosial ini telah mendapat lebih 800k tontonan dan rata-rata netizen yang melihat video ini turut bersimpati dengan nasib pemuda tersebut.

Screenshot 2021 08 09 At 1.55.02 Pm Down

Allahu, memang kesian tengok dia. Nampak betul kecewa. Bukan je kecewa, penat juga dah travel jauh-jauh tapi kena reject… Cinta tak semestinya memiliki kan?

 

Baca: [Video] Lelaki Melenting Bila ‘Love Confession’ Dia Kena Reject Depan Orang Ramai

Screenshot 2021 08 09 At 2.06.39 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.