Beberapa hari lepas, negara jiran, Indonesia digemparkan dengan satu tragedi yang menyayat hati apabila berlakunya perlanggaran yang membabitkan kereta api jarak jauh dan perkhidmatan komuter di Stesen Bekasi Timur, Jawa Barat.
Kemalangan tersebut berlaku setelah sebuah kereta api diesel jarak jauh Argo Bromo Anggrek merempuh bahagian belakang kereta api KomuterLine (KRL) yang sedang berhenti di landasan 1, menuju ke Cikarang. Berdasarkan laporan Astro Awani, gerabak yang paling teruk terkesan merupakan gerabak khas untuk wanita.
Artikel berkaitan: “Ya Allah ngeri bangat” – 7 Maut & 81 Cedera Nahas Melibatkan Dua Kereta Api Di Bekasi, Indonesia
Artikel berkaitan: Tragedi Berd*rah Kampung Belau: Jenazah Anak Selamat Dikebumi, Identiti Suami Isteri Tunggu Ujian DNA
Cooler beg susu ibu selamatkan nyawa penumpang

Susulan kes yang berlaku, terdapat kisah menyayat hati yang dikongsikan ramai. Menurut sumber, terdapat sejumlah cooler bag yang digunakan untuk menyimpan susu ibu ditemui di lokasi kejadian. Ia didakwa dimiliki individu yang dipercayai sepupu mangsa penumpang KRL yang menceritakan insiden tersebut.
Katanya, mangsa hampir tertusuk besi akibat pelanggaran itu, namun, nyawanya terselamat kerana ada sebuah beg cooler yang menjadi penghadang tubuhnya daripada tusukan itu.
Jelasnya di Threads, ketika kejadian, mangsa pada ketika itu tidak mengetahui bahaw ia adalah beg susu ibu, ini kerana dia tidak dapat menoleh ke belakang kerana besi pemegang KRL itu telah menekan bahunya dan beg tersebut bertindak ‘melindunginya’.
Bagaimanapun, dia berusaha untuk bergerak daripada tusukan itu dengan memegang beg tersebut, setelah berjaya, dia membuka beg itu dan mendapati ia adalah susu ibu yang diisi dalam plastik yang sudah bocor bersama alat mengepam susu yang dipercayai milik salah satu penumpang di dalam tren tersebut.
Hantaran tersebut turut melampirkan perbualan WhatsApp antara pemilik akaun dengan mangsa. Biarpun beg tersebut telah menyelamatkan nyawanya, mangsa tidak dapat mengenal pasti pemilik beg tersebut.

Pemilik beg baru sambut hari lahir

Menerusi Tribun, pemilik beg tersebut dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut, lebih memilukan lagi, mangsa baru sahaja menyambut hari kelahirannya.
Mangsa yang dikenali sebagai Tutik Anita Sari mempunyai seorang anak yang yang berusia setahun. Difahamkan, semasa kejadian, Tutik baru sahaja pulang daripada menyambut hari ulang tahun bersama rakan-rakan sekerjanya.
Sumber : Astro Awani, Threads, Tribun News
