in

[VIDEO] Sofa Terbang Melayang Dibawa Ribut Yang Terlalu Kencang Di Turkiye

Sofa Terbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam viral tentang kejadian dinding sebuah rumah flat di Kuala Lumpur tercabut gara-gara ribut, kali ini tular pula tentang sebuah sofa terbang melayang akibat dibawa oleh ribut yang terlalu kuat di Ankara, Turkiye.

Video sofa tersebut melayang telah sempat dirakam oleh orang awam yang pada mulanya mahu merakam keadaan ribut kuat itu sebelum dikongsikan di media sosial.


Video tersebut telah mengejutkan warganet di seluruh dunia kerana itu bermakna ribut yang melanda Ankara sangatlah kuat sehingga boleh menerbangkan sofa yang berat.

Sofa Terbang

Dalam video yang berdurasi selama 34 saat, sofa yang melayang itu kemudiannya jatuh terkena bangunan tinggi berdekatan dengan bangunan si perakam.

Sofa Terbang

Dapat dilihat juga suasana ribut kencang di sekitar bandar tersebut yang sangat menakutkan kerana awan dan langit bertukar gelap.

Harapnya penduduk kat situ semuanya selamat la kan.

Sumber: Twitter @haskologlu

Baca: Ribut Kuat Di Ibu Kota Akibatkan Dinding Flat Di Kuala Lumpur Ini Tercabut

F1 Dinding Tercabut Ribut Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.