in

Ribut Kuat Di Ibu Kota Akibatkan Dinding Flat Di Kuala Lumpur Ini Tercabut

F1 Dinding Tercabut Ribut Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ribut kencang pada petang semalam di Kuala Lumpur telah mengejutkan ramai warga kota yang rata-ratanya baru mahu pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja.

Namun apa yang lagi mengejutkan ialah ribut kencang tersebut dikatakan telah menyebabkan dinding sebuah rumah flat di Loke Yew tercabut.


Kejadian dinding tercabut akibat ribut kuat itu telah dikongsikan di media sosial oleh orang awam.

Difahamkan, menurut warganet di ruangan komen, kejadian yang sama telah pernah berlaku pada 2014.

1 2 1

 

Korang boleh tengok sendiri video dinding tercabut akibat ribut ini di TikTok yang dikongsikan oleh awc_brothers ini.

@awc_brothers

Ribut Dekat KL #kualalumpur #budakflat #ribut

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Untuk pengetahuan anda, bangunan flat Loke Yew ini telah dibina pada tahun 1968, jadi kebanyakan dinding rumah di situ sudah mulai uzur, reput dan longgar, lapor Harian Metro.

Ini kerana dinding tersebut dibina menggunakan kayu.

2 3

Bahaya betul untuk keselamatan penduduk di situ, harapnya pihak kerajaan atau mana-mana pihak yang berkaitan akan segera menggantikan dinding kayu di perumahan tersebut sebelum kejadian yang sama berulang lagi ketika ribut atau hujan lebat.

Sumber: Twitter @rvzlee, TikTok @awc_brothers, Harian Metro

Baca: “Haiwan boleh tahu”- Orang Ramai Kaitkan Gajah Naik Ke Tempat Tinggi Dengan Kemungkinan Banjir?

1Gajah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.