in

Video Tular ‘Samseng’ Pukul & Pecah Tingkap Kereta Rupanya Helah Untuk Samun Mangsa?

Collage 31

Baru-baru ni, tular satu video di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki menaiki kereta Honda City mengamuk sehingga pecahkan pintu kereta pemandu lain dan memukul salah seorang mangsa.

Video yang telah dimuat naik di Twitter ini telah mendapat perhatian netizen kerana ramai yang tak tahu cerita sebenar disebalik “pergaduhan” tersebut.

Screenshot 2021 04 19 At 2.32.03 Pm

Terbaharu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli memberitahu bahawa keempat-empat suspek di dalam video tular tersebut telah pun ditahan malam tadi di beberapa kawasan daerah Klang Selatan.

Dikatakan, kejadian ini berlaku di Taman Sentosa pada jam 4.30 petang semalam ketika mangsa bersama sepupunya tiba-tiba dilanggar dari belakang semasa mereka dalam perjalanan untuk ke Pelabuhan Klang.

Dikatakan, kejadian dalam video tersebut berlaku di Taman Sentosa Klang, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Kenderaan mangsa dikatakan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat lelaki.

“Suspek kemudian didakwa memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya dengan menggunakan kayu.

“Malah, suspek didakwa turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa.”

Screenshot 2021 04 19 At 2.30.26 Pm

Menurut Shamsul, pihaknya telah mendapat laporan berkaitan dua video yang tular ini dan telah bertindak berdasarkan maklumat dan laporan yang diterima.

Untuk pengetahuan korang, suspek yang berumur dari 23 hingga 35 tahun ini merupakan penganggur serta ujian air kencing mendapati dorang positif dadah jenis methamphetamine.

Aduh, macam macam cara orang nak buat jahat sekarang. Bahaya betul!

 

Baca: 4 Penjenayah Langgar & Seret Food Rider Lepas Samun, Mati Ditembak Polis Dalam Aksi Kejar Mengejar

Screenshot 2021 04 19 At 2.36.51 Pm