in

4 Penjenayah Langgar & Seret Food Rider Lepas Samun, Mati Ditembak Polis Dalam Aksi Kejar Mengejar

Ft Samun 1

Sekitar tengah hari tadi telah berlaku aksi kejar mengejar antara pihak polis dan geng penyamun di Sungai Buloh. Menurut Harian Metro, dalam kejadian itu, empat supek yang menaiki kereta Perodua Axia itu telah melanggar seorang penunggang wanita yang merupakan pekerja penghantar makanan.

Keempat-empat suspek ketika itu melarikan diri selepas melakukan jenayah samun di sebuah rumah di Taman Pelangi Rawang pada 12.10 tengah hari. Menurut Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian samun.

Samun2

Berikut adalah kronologi kejadian tersebut:

  • Polis menerima maklumat berhubung kejadian samun di Taman Pelangi Rawang
  • Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor membuat pemerhatian dan terserempak dengan kereta dinaiki suspek pada jam 1 tengah hari di sekitar Hospital Sungai Buloh
  • Pasukan JSJ cuba menahan namun pemandu kereta enggan beri kerjasama dan memecut
  • Ketika aksi kejar mengejar, suspek melanggar penunggang wanita (penghantar makanan) — diseret dan digilis beberapa meter

Selepas tidak boleh bergerak, suspek kemudian mengundur kereta menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan apabila seorang suspek turut keluar dari kereta bersenjatakan parang.”

Beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan untuk menyelamatkan penunggang motosikal itu dan kesemua suspek dilaporkan maut di tempat kejadian.

Samun5

Samun3

Samun1 1

Hasil semakan, polis mendapati kesemua suspek dikehendaki pihak berkuasa kerana terbabit dalam lebih 50 kes samun bertopeng di Selangor sejak awal tahun ini. Kereta yang digunakan mereka juga didapati ada rekod samun di Petaling Jaya.

Dua daripada suspek mempunyai rekod orang dikehendaki kerana lari dari sekatan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.”

Modus operandi mereka akan menyamun rumah yang tidak menutup pintu pagar dengan memakai topeng atau topi keledar dan bersenjatakan parang. Senjata parang turut ditemui di dalam kereta suspek dan polis sedang menyiasat saki baki kumpulan ini.”

Penghantar makanan yang cedera itu dilaporkan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.

 

Baca: “Fuh Gerak Khas real life ni” – [VIDEO] Cubaan Samun Bersenjata Gagal, Lelaki Ditangkap Oleh Mangsanya Sendiri

Ft Samun

Sumber: Bernama
Sumber: Awani
Sumber: Harian Metro
Sumber: Bernama