Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, dan cara terbaik adalah melalui perbincangan bukannya menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.
Lebih mendukacitakan lagi sekiranya masalah tersebut adalah akibat salah faham atau miscommunication.
Baru-baru ini tular di media sosial video seorang pemandu bus dipukul beramai-ramai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R), ada yang mengatakan ia akibat salah faham dan ada pula yang mengatakan sebaliknya.
https://www.facebook.com/Viral.myORI/videos/286537035544575/?eid=ARBM6W0BIk_4gW5VaZa2JqLCrzja6scQMimSZ2AWGvFsBDMOsjEK3E0eR3b0nut0phGqVbUPalnyneeI
Berikut merupakan status yang dikongsi netizen dan saksi kejadian ketika itu.
Driver bas dipukul beramai2 oleh geng2 abang kepada pelayan kedai yg mengadu kat abang dia dilempang oleh driver bas ni…
tapi mengikut saksi yg ada di RnR Gambang kedai No 6 tu, driver bas tu tak usik pun pelayan tu..
kisahnya , driver bas ni order makan pelayan tu dengan biadap sound “sabarlah babi”.
driver bas tu pun bengang le bila kena sound “babi” dengan budak2, dia sound balik le “jangan kurang ajar, aku lempang kang”.
dia cakap je nak lempang tapi tak lempang pun..
tak usik pun budak tu..
so, bila driver bas ni dah selesai minum nak pergi ke bas dia datang le geng2 abang budak tadi sound dan terus pukul…
nasib baik le badan dia besar jugak…
Alkisahnya begitulah kalau ikutkan apa yang diceritakan oleh saksi kejadian memang pemandu bas tu tak salah tapi tak tahulah kenapa dia dipukul beramai-ramai waktu tu..dah la pukul curi-curi pulak tu.
Tapi tak patut lah pelayan tu menggunakan perkataan ‘babi’ kepada pelanggan kan, bagi admin sepenat mana pun kita, pelanggan tetap keutamaan.
Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 170 ribu tontonan di laman facebook.
Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut juga bengang dengan kumpulan yang memukul pemandu bas tersebut.
Nasib baik geng drebar tak masuk campur..
Ramai-ramai boleh la menyalak macam anjing….
Yang pukul beramai2 tu macam bapok!
Bagi admin selagi boleh bincang, bincang la elok-elok tak perlu nak naik kaki tangan semua.
Baca : Ko ni patut blah dari Ipoh Netizen Naik Angin Pemandu Teksi Maki Lelaki Sebab Tempah Grab