in

[VIDEO] Sebak! Anak Sempat Bantu Berwudhuk Sebelum Ayah Dimasukkan Ke ICU & Meninggal Dunia

Cats 78

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes harian Covid-19 di Malaysia makin meningkat sama seperti jumlah kes kematian harian yang kini hampir mencecah 50 orang sehari.


Wanita bernama Nur Sakinah Kamarul Bahrin antara salah seorang anak yang sempat menguruskan arwah bapanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir selepas disahkan positif Covid-19.

 

Sempat berwudhuk sebelum masuk ICU

Menurut kisah yang dikongsikan di Instagram oleh wanita yang mesra dipanggil Nor, dia menceritakan yang bapanya mula mendapat simptom pada hujung Ramadan lalu. Sejak itu, bapanya mula kuarantin diri dan tidak berjumpa dengan siapa-siapa.

Selepas buat swab test, didapati yang bapanya positif Covid-19 dan terus dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Tapi, kesihatan bapanya yang semakin merosot menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 21 Mei lalu.

Paling menyayat hati, Allahyarham sempat meminta tolong Nor yang bertugas sebagai doktor untuk tolong dia berwudhuk sebelum dimasukkan ke dalam ICU.

 

Redha dengan pemergian bapa

Menerusi posting lain di Instagram sakinah_kb, dia memaklumkan yang bapanya meninggal dunia pada 22 Mei iaitu sehari selepas dimasukkan ke dalam ICU. Innalillah. Walaupun dengan hati yang berat, dia terpaksa redha dengan pemergian bapa kesayangannya itu.

Bukan itu sahaja, Nor pun tak putus-putus terima ucapan takziah di Whatsapp, DM, Ig mentions dan juga panggilan telefon. Dia berterima kasih kepada semua yang mengambil masa dan tenaga untuk menghubunginya.

“Allah, ramainya sayang abah.”

Nor percaya yang bapanya pergi meninggalkan mereka dalam keadaan yang tenang.

“Muka abah at the end macam tido on his favourite Recliner chair saya belikan many2 years back.”

 

Ramai yang mendoakan

Melihat di ruangan komen, ramai yang ucapkan takziah dan mendoakan arwah berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Photo6150188062165019780

Photo6150188062165019781

Takut la sekarang tengok ramai yang update dekat sosial media parents diorang positif Covid-19. Semoga keluarga kita dijauhkan daripada penyakit ini. Amin…

 

Sumber: sakinah_kb

Baca : Berjam-jam Keluar Cari Bekalan Oksigen, Wanita Terduduk Dapat Tahu Ibu Dah Meninggal Dunia Akibat COVID 19

Capture 64

Sumber: sakinah_kb
Sumber: sakinah_kb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.