Semalam, Kamal Adli ketika ditemui di mahkamah telah menuntut isterinya, Uqasha Senrose tampil bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah di antara mereka daripada menyebarkan perkara peribadi di media sosial dan kenalan luar.
Kamal juga pada masa yang sama menuntut seorang individu yang dikenali sebagai ‘coach cerai’ supaya berlaku adil dengan mendengar penjelasan daripada pihaknya dan bukan sahaja di sebelah pihak.

Saya rasa benda ini tak adil untuk saya. Kalau dia rasa tidak puas hati, datang jumpa saya. Cakap depan-depan sebab dia masih isteri saya. Tak payah nak cerita dengan ‘coach cerai’ yang entah dari mana datangnya, sampai boleh duduk lapan jam dengan orang itu.
“Lepas itu setiap kali datang mahkamah, ‘coach cerai’ mesti ada, tapi kenapa tak pernah menghadap saya? Adakah dia hanya dengar cerita sebelah sana sahaja? Saya ada dan sentiasa bersedia jumpa dia. Tapi kenapa dia lari?
“Saya rasa saya dah terlalu lama bertahan. Saya bukan nak burukkan sesiapa dan masih tak buka aib isteri. Cuma benda ini dah keterlaluan. Saya teremosi bukan sebab apa, tapi sebab dah banyak sangat saya kena,” katanya.
Artikel berkaitan: Raih Perhatian Temani Uqasha Ke Mahkamah, ‘Coach Cerai’ Jelaskan Skop Kerjanya
Artikel berkaitan: Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran, Bersumpah Tidak Pernah P*kul Isteri
Caprice muat naik semula video podcast dengan ‘coach cerai’
Susulan isu tersebut kembali panas, rappers dan aktivis sosial, Caprice dilihat memuat naik video podcastnya bersama ‘Coach Cerai’ atau nama penuhnya, Mohd Izary Muhammed Ikhbal yang telah dirakam lebih sebulan lalu.
Di dalam keratan video tersebut, dapat dilihat Mohd Izary bertanyakan kepada Caprice tentang apakah tindakannya jikalau dia bergelar ‘coach cerai’ dan dihadapkan dengan kes sebegitu.
Jawapan Caprice juga membuatkan rata-rata netizen bersetuju dengannya supaya tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
View this post on Instagram
Pergi ke suami awak. Saya seorang lelaki yang sudah berkahwin, saya juga rasa setiap perselisihan dan isu kena selesaikan secara dalaman.
“Sebab kenapa, orang luar ni bahaya sebab kita tak pasti adakah orang luar ni akan cucuk dia, akan influence dia. Jadi bagi saya, bagi setiap perkahwinan kecuali kes jenayah selesaikan antara satu sama lain.
“Kalau ia melibatkan jenayah, kena pukul, kenalah dapatkan bantuan. Tapi kalau orang minta tolong tentang rumah tangga yang mana saya banyak dapat aduan, saya beritahu kalau ada unsur jenayah, kita boleh bantu.
“Tapi kalau ia perselisihan faham dan sebagainya, saya minta maaf saya tak boleh terlibat. Balik kepada suami awak. Balik kepada isteri awak. Slow talk dengan isteri awak, slow talk dengan suami awak.
“Sebab bagi Cap, orang luar ni kalau cucuk, kalau mereka terlibat, mereka akan buat situasi lagi teruk,” katanya.
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai komen sokongan netizen yang berkongsi pendapat yang serupa.
Malah ramai juga mencadangkan mereka yang mempunyai masalah perkahwinan untuk merujuk hal itu dengan Pejabat Agama daripada pergi kepada individu yang tidak sepatutnya.
Sumber: IG Caprice, BH
