Pernah tak dengar ayat yang orang tua selalu cakap, ‘Kalau dah jodoh tak ke mana’? Maknanya, walau macam mana banyak dugaan pun yang korang lalui dengan seseorang itu, jika sudah ditakdirkan dia jodoh korang pasti akan ke jinjang pelamin juga.
Pepatah ini boleh disamakan dengan kisah seorang pengguna TikTok bernama @firdaus_rubae_dre yang bertemu jodoh dengan salah seorang pelanggannya.
“Aku makeup kan dia”
Menurut video yang dikongsikan, Firdaus yang bekerja sebagai make up artist (MUA) memaparkan gambar dia bersama seorang pelanggan yang ditatarias untuk majlis kahwin.
Namun siapa sangka ‘pelanggan’ tersebut tiba-tiba berubah status menjadi isterinya pula.
Masa ni kakak sebelah ni berjodoh dengan orang lain… aku makeup kan dia,” tulisnya.
@firdaus_rubae_dre Reply to @wana_damaireka
♬ original sound – Muhamad Firdaus dre – Firdaus DAMAIREKA decor&event
Menerusi ruang komen, Firdaus menjelaskan bahawa wanita yang dikahwininya itu sebelum ini merupakan kakak angkatnya dan pernah berkahwin dalam tempoh setahun sebelum bercerai.
Mereka kemudian mendirikan rumah tangga dan sudah bernikah selama 7 tahun kini dengan dua orang cahaya mata.
“Dah kahwin baru nampak seri seorang ayah”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan kisah cinta lelaki ini dan isterinya yang dikatakan agak unik dan lain daripada lain.
Malah sempat juga para netizen memberi komen akan penampilan lelaki tersebut yang berubah serta merta sebaik dia berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Syukur Alhamdulillah semoga berkekalan hendaknya pasangan ini.