[Video] “Perempuan tu mana?” – Suami Terbunuh Lepas Cuba Tikam Kekasih Isteri Depan Orang Ramai

Sedih betul bila kecurangan yang berlaku dalam sesuatu perhubungan berakhir dengan kematian.

Macam kejadian yang berlaku di Colombia ni, seorang suami dan seorang lelaki dipercayai kekasih isterinya bunuh satu sama lain semasa bergaduh di tengah jalan depan orang orang ramai.

Menurut Mirror, pergaduhan ini berlaku selepas kedua-dua lelaki ini minum bersama-sama di sebuah restoran atau pub.

Media tempatan mengatakan suami yang berusia 45 tahun ini mula bergaduh selepas mendapat tahu lawannya, lelaki berusia 35 tahun ini tidur bersama isterinya.

Dalam video dekat atas ni, korang boleh tengok lelaki berbaju hijau (kekasih isteri) sedang cuba mempertahankan diri menggunakan pisau semasa lelaki berbaju merah menyerangnya dengan pisau.

Yang peliknya, punyalah ramai orang kat situ, tak ada sorang pun yang cuba untuk hentikan pergaduhan dorang ni tapi rakam video sempat pulak.

Walaupun dalam video ni tak tunjukkan pergaduhan ni sampai habis, dikatakan dua lelaki ini akhirnya menikam satu sama lain.

Suami ini mati di tempat kejadian manakala lelaki lagi seorang di bawa ke hospital berhampiran tapi tak dapat diselamatkan dan turut mati akibat cedera parah.

Dikatakan, lelaki tersebut telah ditikam di lengan kanan, perut dan dada. Pihak polis mengesahkan yang mereka sedang siasat kematian ini.

Entah apalah yang perempuan tu rasa bila dia dapat tahu suami dan kekasihnya mati sebab berebutkan dia.

 

Baca: Gara-gara Kantoi Curang, Suami Sanggup Telanjang Bulat Atas Kereta Demi Nak Selamatkan Perkahwinan

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson