in

[VIDEO] Pengunjung Pantai Didakwa Buat Aktiviti ‘Bakar-bakar’ Sampai Rosakkan Pokok

Ft Orang Bakar Pokok Tepi Pantai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Mentaliti kelas ketiga’, antara apa yang terlintas di minda netizen selepas melihat satu video viral ini. Min pun geleng kepala dengan sikap segelintir orang kita yang boleh dikatakan macam tak ada common sense ini.



 

“Tengok lah perangai kera beruk semua keluar bila pergi bercuti.”

Video itu tersebar luas menerusi WhatsApp sebelum viral di Twitter, ia memperlihatkan beberapa orang wanita cuba memadamkan kesan bakar di batang pokok di satu kawasan tepi pantai.

Menurut apa yang dikatakan dalam video itu, difahami ianya dibuat oleh pengunjung-pengunjung yang berkelah di pantai tersebut, selepas ada wanita memadamkan api tersebut, pokok itu tiba-tiba tumbang.

Jika diperhatikan dalam video itu, ianya kelihatan seperti dah lama terbakar sebab sampai ke dalam batang pokok, boleh tengok video yang dikongsikan oleh @pkckAm ini.

Menurut sumber yang Lobak Merah terima, dikatakan kejadian ini berlaku di Tanjung Sepat, Pahang pada hujung minggu lalu, biarpun kurang pasti, sumber menyatakan bahawa ada kemungkinan besar kebakaran itu dibuat untuk aktiviti panggang.

Video yang telah meraih lebih daripada 3,000 jumlah retweets ini telah mengundang kutukan keras netizen terhadap sikap tak bertamadun pelaku ini.

 

Elok kena kurunglah dalam rumah – Netizen

Orang Bakar Pokok Tepi Pantai Orang Bakar Pokok Tepi Pantai 2 Orang Bakar Pokok Tepi Pantai 3 Orang Bakar Pokok Tepi Pantai 4 Orang Bakar Pokok Tepi Pantai 5 Orang Bakar Pokok Tepi Pantai 6

Alahai, bila dah dapat kelonggaran ini pula yang terjadi, kalau sebelum ini habis tepi pantai, air terjun penuh dengan sampah sarap, kali ini nak rosakkan alam sekitar pula.

Tak boleh bayangkan macam mana kalau ada pengunjung lain, dah lah kawasan pantai tu banyak budak-budak lari!

Baca : “Lepak nak, buang sampah tak nak” – Viral Gambar Sungai Tempat Riadah Dipenuhi Sampah Sarap

Orang Bakar Pokok Tepi Pantai 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.