Bagi sesetengah individu, menepati masa itu menjadi satu ‘kewajipan’ dimana dia sentiasa akan memastikan dirinya sentiasa hadir tepat pada waktu yang dijanjikan.
Bukan itu sahaja, dia juga berharap agar orang lain juga turut menghormati masanya agar dia tidak perlu menunggu dalam tempoh waktu yang lama.
Namun, bagaimana pula sekiranya kita sahaja yang ‘beria’ untuk menepati masa sedangkan orang lain pula hanya mengambil masa sambil lewa dan seterusnya membiarkan kita termangu sendirian menunggu di sesuatu tempat?
Acu pistol, rakan setugas lambat
Begitulah situasi yang berlaku kepada seorang polis di Brazil ini apabila dia mengacu pistol di kepala rakan setugasnya yang lambat masuk ke tempat kerja!
Insiden mengejutkan ini berjaya dirakam oleh sekumpulan orang awam yang terkejut menyaksikannya di sebuah bandar di Sao Paulo pada 4 November, hari Jumaat lepas.
Nak tengok video klik link ini.
Nak rehat tengah hari, rakan lewat 5 minit
Menurut Daily Mail yang memetik laporan berita tempatan, pegawai polis yang dikenali sebagai Private Felipe do Nascimento dikatakan ‘bengang’ apabila rakannya, Marcio Simao telah masuk lambat ke tempat kerja selama 5 minit ketika masa rehat tengah harinya.
Lapar sangat tu.
Orang awam menjerit suruh lepaskan trigger
Felipe kemudian mengejek rakan setugasnya dengan mengacu pistol miliknya itu ke muka Marcio sehingga membuatkan orang awam menjerit supaya dia melepaskan trigger pistol berkenaan.
Marcio kelihatan cuba untuk merampas senjata api itu namun usahanya mengalami kegagalan.
Pegawai lain yang menyaksikan pergaduhan itu akhirnya terpaksa masuk campur untuk meleraikan kedua-dua mereka dan menahan Felipe untuk tindakan lanjut.
Dua-dua digantung tugas
Polis tentera yang mengesahkan kejadian itu mengumumkan bahawa kedua anggota polis berkenaan telah digantung dari tugas gara-gara insiden ‘memalukan’ itu. Tambah pihak mereka, insiden itu dipandang sebagai sesuatu yang sangat serius dan ‘menjijikkan’.
Sikap anggota terbabit secara langsung telah melanggar nilai-nilai institusi, terutamanya disiplin, hierarki, profesionalisme, kehormatan dan maruah manusia.
Jangan main-main dengan orang lapar. Rakan setugas pun hormat la masa orang lain, kita lambat, orang lain yang menanggung.