in

[VIDEO] “Nothing to be proud” – Lelaki Dikecam Sebab Merempit Sambil Jawab Call

Rempit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] "Nothing to be proud" - Lelaki Dikecam Sebab Merempit Sambil Jawab Call
Loading
/

Sejak dua menjak ni,  banyak jugak kes yang melibatkan mat rempit dalam negara kita. Macam dulu, Sultan Johor ada kemukakan masalah ni, sebab totally memang akan ganggu ketenteraman orang. Lagi-lagi mereka ni suka sangat buat bising waktu malam.


Tapi lain pulak pasal kes ni, di mana seorang remaja didakwa tengah merempit sambil jawab call. Menurut NST, video kelakuan remaja lelaki itu kini semakin tular selepas dimuat naik oleh satu page di Facebook.

Img 20180325 133130
sumber: facebook

Video berdurasi 59 saat itu menunjukkan sorang remaja lelaki yang tengah asyik buat ‘pacak’ dengan motor kesayangan dia tu. Uiii beraninyaa lahaiii. Tak lama lepas tu, tiba-tiba phone dia berbunyi.

Tanpa rasa takut dan dengan yakinnya dia dok jawab call tu. Korang bayangkan jelah sebelah tangan pegang motor, lagi sebelah pegang phone. Haihh tu kalau jatuh tu, tak pasal-pasal pulak kan!

Img 20180325 133219
sumber: facebook

Difahamkan video tu untuk buat ala-ala paid review untuk Iphone milik lelaki tu. Kalau kita tengok kat media sosial lain pun, orang-orang yang buat paid review ni memang ada cara unik mereka yang tersendiri.

Video tu sekarang dah dapat lebih daripada ribuan tontotan dan pastinya makcik pakcik bawang bash kaw-kaw aksi tu. Iyelah, kita yang tengok video tu oun rasa berderau kan! Antara komen-komen makcik pakcik bawang ni korang boleh baca di bawah,

“Bila lah nak mampos, biar kena gilis dengan lori”

Nothing to be proud of… “

“Skill-skill macam ni lah yang jadi kebanggaan Melayu”

Alahai macam-macam budak-budak sekarang ni ekk.. Kreatif kemain lagii! 

Baca: Gadis Ini Cerita Detik Cemas Cuba Selamatkan Diri Ketika Diserang 8 Mat Rempit

14 28 34 Mat Rempit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.