in

[Video] “Mak bapak dorang suka klu anak mati” – Myvi Hampir Langgar Geng Rempit Basikal Tengah Berlumba Tengah Jalan

watch myvi almost crashing into reckless rempit kids on bicycles who ran a red light world of buzz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua ingat lagi tak kes besar masa pemandu wanita 22 tahun terlanggar dan membunuh beberapa penunggang motosikal dekat tengah highway tak lama dulu? Masa tu, ramai jugak yang kecam pemandu kereta tu.

Well, sebelum mat-mat rempit jadi raja jalan dengan motosikal dorang, dorang ni dah asah ‘bakat’ dari kecik dengan menunggang basikal yang dah di alter (sebab nak bawak motor kecik sangat lagi) dan gunakan untuk berlumba atas jalan raya pada waktu tengah malam.


Semalam, tular satu video yang dimuatnaik oleh MyWatch dengan kapsyen “Andaikata budak itu kena langgar & video ni tak wujud mesti netizen salahkan Myvi”.

Video yang dimuatnaik ini adalah rakaman yang diambil oleh sebuah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1143374703202975744

Macam yang korang boleh tengok dalam video dekat atas ni, budak-budak rempit ni selambe je langgar lampu merah, bawak laju sambil buat stunt gaya superman. Kecik-kecik dah tak sayang nyawa.

Dari gaya dorang pun memang nampak tak takut langsung walaupun dorang tahu bila-bila masa je kereta boleh pusing masuk simpang. Macam kereta Myvi datang dari arah bertentangan yang sikittt je lagi nak langgar budak-budak ni.

Bukan tu je, kalau korang nak tahu, menurut WORLD OF BUZZ, basikal yang dorang gunakan bukan macam basikal biasa yang kita guna dekat rumah, basikal yang dipanggil ‘lajak’ ni dorang dah ubah dan tak ada features keselamatan langsung. And yang paling teruk basikal ni takde brek tau!

watch myvi almost crashes into a group of motorcyclists who ran a red light world of buzz 3

Dorang selalunya akan mula dari atas bukit dan gunakan graviti dan aerodinamik untuk bantu basikal dorang jadi laju. Bahaya betul!

Screenshot 2019 06 26 at 9.36.55 PM Screenshot 2019 06 26 at 9.38.05 PM Screenshot 2019 06 26 at 9.38.21 PM Screenshot 2019 06 26 at 9.38.58 PM

Haih, apa nak jadilah dengan budak-budak ni. Lepastu ada pulak admin tengok dorang ramai-ramai pegang kereta and biar kereta tu bawak dorang atas jalan raya yang tengah busy. Please lah parents, peka dengan aktiviti anak-anak. Benda ni melibatkan nyawa kot.

 

Baca: “Sakit telo member belakang” – Mat Rempit Tunjuk Hebat Buat ‘Wheelie’ Tiba-tiba Terbabas Bila Nampak Awek

Screenshot 2019 06 26 at 9.47.39 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.