in

[VIDEO] Majikan Tengking Pekerja & Sepak Bakul Baju Undang Kecaman Netizen, Katanya Hanya ‘Marketing’ Sahaja?

As 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi majikan seharusnya menitikberatkan hal ehwal pekerja dengan menjaga kebajikan mereka serta memberi keselesaan kepada pekerja agar mereka lebih produktif dalam bekerja seharian dan tidak terasa ditindas.


Majikan juga perlu menjadi contoh yang baik kepada pekerja seperti sikap yang prihatin dan berlemah lembut terhadap pekerja yang sudah membanting tulang dalam menjalankan operasi dan urusan perniagaan. Tanpa pekerja siapalah majikan. Betul tak?

Namun, perkara yang sebaliknya berlaku apabila tular di media sosial berkenaan sebuah video yang memaparkan situasi antara majikan dan pekerja yang mendapat perhatian netizen baru-baru ini.

Majikan tengking pekerja dan sepak bakul baju, katanya sekadar ‘marketing’?

Video yang berdurasi lebih seminit itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang majikan yang bertidak menengking pekerja dan menyepak bakul baju di dalam sebuah kilang jahitan pakaian.

@mariyahholdings

Replying to @Siti Sabariah madam tak pernah paksa pekerja madam tau . #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #kilangjahitpukal #mariyahholdings #soundtegak

♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

Menerusi video tersebut, pada awalnya situasi pertama dilihat bahawa wanita tersebut telah bertindak menengking seorang pekerja yang membiarkan kain jatuh di atas lantai.

“Ni apa?! ada meja kan?”

Situasi kedua juga dilihat dia juga bertindak menengking pekerja yang sedang menggosok pakaian pelanggan.

“Kau gosok betul-betul jangan nak tengok-tengok!”

Yang lebih mengejutkan apabila selepas itu wanita tersebut bertindak menendang bakul pakaian sehingga jatuh.

“Kliping betul-betul!”

Undang kecaman netizen, ada yang kata sebenarnya majikan ini baik?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan majikan tersebut kerana dianggap terlalu kasar kepada pekerja. Ada juga netizen yang mendakwa bahawa tindakan tersebut hanyalah sekadar ‘marketing’ kepada syarikat itu semata-mata.

Screenshot 2022 09 28 At 3.13.22 Pm

Screenshot 2022 09 28 At 3.13.30 Pm

Screenshot 2022 09 28 At 3.13.43 Pm

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan majikan itu sebenarnya sangat baik dan menjaga kebajikan pekerja kilang itu cuma perkara itu dilakukan mungkin hanya content untuk pemasaran sahaja.

Apa-apapun janganlah kita menilai dari hanya sebuah video. Betul tak?

Baca: “Generasi muda sekarang dah rosak” – Majikan Dikecam Tak Terima Intern Gara-Gara Minta Temuduga Online

Screenshot 2022 09 28 At 3.20.59 Pm

 

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.