in

[VIDEO] Lawak! Sekumpulan Remaja Tertendang Bola Sehingga Masuk Ke Dalam Lori

Bb 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan bagi sekumpulan remaja lelaki bermain bola pada waktu petang untuk mengisi waktu lapang dan melakukan aktiviti fizikal yang menyihatkan tubuh badan.


Tapi kadang-kadang ada kejadian yang kita tidak dapat jangka semasa bermain bola.

Bagi sekumpulan remaja lelaki dari Terengganu ini, mereka telah berkongsi video semasa bermain bola di laman Twitter milik AbangNgahCrew. Dalam video tersebut seorang daripada mereka tertendang bola sehingga masuk ke belakang sebuah lori yang sedang lalu di tepi jalan tersebut.

Apa yang menariknya lagi, selepas video tersebut viral, pemandu lori itu sendiri yang dikenali sebagai ‘Pok Din’ telah berkongsi gambar bola tersebut di Facebook untuk mencari pemiliknya.

B 6

Pada hari berikutnya, mereka berjaya mendapatkan bola tersebut dan menyifatkan bahawa kejadian yang berlaku sebagai ‘Happy Ending’ dan turut berterima kasih kepada pemandu lori tersebut.

B1 1

 

Nasib baik lori tu tak pergi KL. Kalau tak jenuh nak dapat balik. Apa-apa pun lepas ni korang kene hati-hati bila main bola. Jangan tertendang masuk rumah orang pulak.

Baca: ‘Level confident dia tinggi’ – [VIDEO] Lawak! Lelaki Ini Dengan Yakin Promote ‘Pantyliner’ Padahal…

Bbb

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.