Bagi pemilik kucing, sudah tentu korang mengalami kesukaran untuk melatih Si Bulus untuk membuang najis di tempat yang telah dikhaskan bukan?
Walaupun terpaksa berhabis duit untuk membeli segala peralatan khusus untuk kucing ‘membuang’ seperti pasir kucing, tray, penyodok pasir dan sebagainya, namun kucing korang masih juga suka ‘menabur’ merata-rata.
Kadang-kadang, pasu bunga juga menjadi pilihan untuk mereka ‘membuang’ sehingga boleh bikin owner kucing pening dengan ‘peelnya’.
Namun, tular baru-baru ini sebuah klip video yang menunjukkan aksi Si Bulus yang cerdik menggunakan jamban duduk untuk membuang air!
Buang air kecil dalam toilet
Meraih sehingga sejuta views, video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok milik @koricolleen ini menunjukkan situasi ‘rare’ dimana seekor kucing berwarna coklat yang ‘selamba’ membuang air kecil di dalam toilet.
@koricolleen #catsoftiktok #catsoftiktok2020 #catusestoilet #fyp #shredwithbillandted
Kucing miliknya itu dilihat cerdik mencangkung di bucu tandas duduk itu sambil melepaskan ‘hajat’ tepat masuk ke dalam lubang tandas persis manusia.
Keempat-empat kucing peliharaannya bijak guna toilet
Menurut pemiliknya, dia mempunyai empat ekor kucing peliharaan.
Apa yang lebih menakjubkan, kesemua kucingnya itu menggunakan kaedah yang sama iaitu bijak menggunakan tandas untuk membuang air.
Wah, bertuahnya owner.
Kena tunggu ‘turn’ nak guna tandas
Tambah @koricolleen lagi, meskipun kadang-kadang dia berasa agak janggal gara-gara terpaksa menunggu ‘turn’ untuk menggunakan tandas, namun dia tidak kisah untuk berkongsi tandas dengan kucing-kucing kesayangannya itu.
Klip video yang tular itu berjaya menarik perhatian netizen yang rata-rasa berasa ‘takjub’ dengan kecerdikan Si Bulus itu menggunakan tandas.
Tidak ketinggalan, ada juga yang meminta tips untuk melatih kucing peliharaan mereka supaya turut ‘membuang’ di dalam tandas gara-gara harga pasir kucing yang agak mahal.
Taknak menunggu, kena bina satu tandas khas pulak untuk Si Bulus.
Baca: Kucing ‘Surprise’ Satu Keluarga, Bawa Balik Ular ‘Unik’ Berkepala Dua