in

Kucing ‘Surprise’ Satu Keluarga, Bawa Balik Ular ‘Unik’ Berkepala Dua

Feat Ular Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekiranya anda ada membela kucing, sudah semestinya pelbagai jenis haiwan akan dibawa pulang oleh ‘si bulus’ ke rumah


Haiwan yang dibawa pulang itu mungkin dijdikan sebagai ‘mainan’ barunya atau sebagai hadiah untuk pemiliknya. Antara haiwan yang selalu dibawa pulang termasuklah tikus, lipas, cicak atau burung.

Ini tak berapa nak ‘rare’ sebab dah biasa kita dengar. 

 

Bawa pulang ular ‘rare’ berkepala dua

Namun, seekor kucing peliharaan di Florida ini lain pula ‘peel’nya apabila ia telah membawa pulang hadiah ‘suprise‘ untuk pemiliknya iaitu seekor ular.

Apa yang lebih mengejutkan, ular yang dibawa pulang itu bukanlah spesis ular yang biasa-biasa, tetapi ular luar biasa yang dianggap sebagai ular ‘rare’ gara-gara memiliki dua kepala!

Menurut Harian Metro, Kay Rogers menberitahu media tempatan bahawa kucing milik anak perempuannya yang diberi nama sebagai Olive itu telah dilihat mengonggong ular bersaiz kecil di dalam mulutnya sebelum ia masuk ke ruang tamu.

Mereka kemudiannya menyedari sesuatu yang pelik sebelum mengenal pasti ular berwarna hitam itu mempunyai dua kepala yang bercantum dengan satu badan.

Pada mulanya, dia berfikiran bahawa anaknya hanya bergurau apabila mengatakan Olive membawa pulang ular berkepala dua.

Namun setelah melihatnya sendiri, dia berasa kagum kerana itu pertama kali dia melihat ‘keunikan’ reptilia berkenaan.

Saya tidak pernah melihat reptilia begitu sebelum ini. 

Feat Ular 1

Ular

 

Dinamakan sebagai ‘Dos’

Anak perempuannya telah menamakan ular berkepala dua itu sebagai Dos sebelum menyerahkannya kepada pihak Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar, Institut Penyelidikan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) untuk dijaga.

FWC menjelaskan bahawa ular hitam berkepala dua itu adalah satu penemuan yang ganjil dan jarang berlaku.

 

Fenomena bicephaly

Fenomena ini disebut sebagai bicephaly yang bukan kebiasaan tetapi boleh terjadi ketika perkembangan embrio apabila dua monozigot kembar gagal berpisah sekaligus meninggalkan dua kepala yang bercantum pada satu badan.

Tambah institut itu lagi, Dos sukar untuk bertahan di luar disebabkan terpaksa bergantung kepada sepasang otak yang menyukarkan ia untuk makan dan melepaskan diri dari pemangsa.

Keajaiban ciptaan Tuhan. 

Baca: Unik! Nekobiyaka, Satu-satunya Kafe Kucing Hitam Di Dunia Baca Ular

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.