Baru-baru ini telah tular sebuah video mengenai seorang peniaga yang berkongsi detik cemasnya apabila didatangi dua individu yang dipercayai mempunyai tujuan memukau.
Peniaga tersebut yang hampir dipukau bagaimanapun sempat melarikan diri ke belakang kedainya dimana dia dengan segera memberitahu rakan sekerjanya tentang kehadiran pasangan itu.
Menurut peniaga berkenaan, ini bukan kali pertama pasangan itu hadir ke kedainya kerana situasi yang sama pernah berlaku pada bulan Mac lalu.
@rezqiyusufcowarehouse Hati-hati semua. Tak kena tangkap lagi dua ekor ni ? #kespukau #pukau #viralmalaysia #beritaviral #pakarab #jenayah #fyp #kesviral
♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
“Bulan Mac hari tu dua ekor ni dah datang kedai kami. Cubaan nak pukau saya. Ini dia berani datang lagi,” tulisnya.
Menerusi video berkenaan, dapat dliihat peniaga yang menyedari kehadiran pasangan itu segera ke bahagian belakang untuk mengelak daripada berurusan dengan mereka.
“Perhatikan, dia cuba nak perangkap husband dekat tengah-tengah tu. Tapi husband cepat-cepat lari ke belakang.”
“Modus operandi dia sama. Buat-buat nak tanya pasal barang,” katanya.
Namun, pasangan itu segera meninggalkan butik berkenaan setelah menyedari bahawa peniaga itu tidak berseorangan di dalam kedai.
Peniaga turut menitipkan pesanan agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan tindakan pasangan terbabit yang dikatakan giat melakukan cubaan pukau di kawasan Selangor.
“Kedai saya tertampal gambar mereka berdua di pintu kedai” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan kegiatan yang dijalankan oleh pasangan berkenaan. Ada juga warganet yang berkongsi kisah apabila kedai mereka didatangi pasangan sama dengan niat dan tujuan yang sama.
Semoga kita semua terlindung la dari perbuatan khianat ni…
Baca: “Dia cari barang paling murah” – Wanita Kongsi Warga Asing Cuba Pukau & Curi Duit Kedai