in

[VIDEO] Kembang Tekak! Individu Terjumpa Telur Katak Lepas Habis Makan Sebungkus Nasi Lemak

Ft Nasi Lemak Telur Katak

Sejak kebelakangan ini banyak betul orang terjumpa benda pelik-pelik dalam makanan, ada skru lah, dawai kokot lah dan lebih menjijikkan lagi ada individu ini mendakwa dia terjumpa telur katak!

Telur katak dalam nasi lemak?

Menurut perkongsian, individu ini menjumpai telur katak tersebut selepas dia habis makan sebungkus nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang.

Menurut individu ini, ketika dia bertanyakan kepada ibunya, dia menjawab bahawa itu adalah telur katak namun rakannya cuba tenangkan dirinya dengan mengatakan ia adalah biji selasih. Disebabkan perkara ini, individu tersebut serik untuk makan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang lagi.

“Mak saya kata itu telur katak tapi teman saya nak sedapkan hati saya dia cakap tu biji selasih. Saya takkan makan nasi lemak bungkus daun pisang mulai sekarang.”

Melihat video ini, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang kata telur katak di dalam nasi lemak itu adalah perkara yang tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan peniaga tidak lap daun pisang dengan elok sebelum dijadikan sebagai satu hidangan.

Screenshot 2023 03 01 172316 Screenshot 2023 03 01 172331 Screenshot 2023 03 01 172347

Hurm, korang rasa apa? Mungkin tu memang biji selasih kot, tapi biji selasih jernih, mungkin biji barli? Hurm tak logik juga kan? Entah lah..

Baca : “Ingat 1 tapi 10” –  Wanita Terkejut Makan Nasi Kerabu ‘Lauk’ Dawai Kokot

Ft Dawai Kokot Dalam Nasi Kerabu