in

[VIDEO] Isu Selebriti Dakwa Klinik Haiwan Tutup Ketika ‘Emergency’, Doktor Veterinar Buka Mulut…

Vet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mempunyai binatang peliharaan bukanlah sesuatu yang mudah, sesiapa yang ingin menjaga si bulus ini perlu berhabisan wang ringgit serta tenaga agar mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat dan comel.


Baru-baru ini, gempar seorang selebriti yang dikenali sebagai Nabil Mahir meluahkan rasa kecewanya apabila ada sebuah klinik haiwan tidak mahu merawat kucingnya yang sedang dalam kesakitan hanya kerana waktu operasi sudah tamat.

Nabil yang juga suami kepada pelakon Ayda Jebat itu berkata ketika dia mahu menghantar kucing kesayangannya itu ke klinik tersebut, dia disuruh pergi ke klinik lain.

“Vet juga manusia biasa, ada tanggungjawab” 

Pun begitu, baru-baru ini seorang veterinar yang dikenali sebagai Dr. Ima meluahkan dan cuba untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan awam tentang kerja atau profesion sebagai seorang doktor haiwan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Dr Ima cuba untuk menepis tuduhan yang sentiasa dilemparkan kepada golongan doktor haiwan, termasuklah tuduhan yang mengatakan veterinar ini terlalu ‘berkira’ seperti yang dikatakan oleh Nabil Mahir.

Dr Ima menjelaskan kos ubat, alatan dan gaji pekerja amat tinggi tidak kurang juga dengan harga premis klinik dan juga komitmen lain.

Oleh kerana pesakit tidak boleh bercakap, maka doktor haiwan ini perlu mencari masalahnya dan sesi konsultasi boleh mengambil masa yang lama. Tidak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa berdepan dengan pelanggan yang tidak sabar dan biadab.

“Pelbagai spesis yang tidak boleh dijangka”

Selain itu, Dr Ima juga berkata apabila menjadi seorang doktor haiwan mereka tidak boleh menjangka haiwan apa yang mereka perlu ubati dan itu akan menyebabkan mereka terdedah dengan pelbagai risiko kecederaan.

Menjadi veterinar juga memerlukan waktu kerja yang lama sehinggakan banyak perkara lain seperti me time atau masa dengan keluarga terabai.

Be nice to everyone ok guys? 

Baca: “Dua kucing saya mati” – Nabil Mahir Kecewa Tindakan Veterinar Enggan Rawat Kucing Cedera Sebab Nak Tutup

Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.