in

[VIDEO] Imam Masjid Putra Sahkan Masjid Ada 10% Kuota Untuk VIP, Minta Orang Tular Video Mohon Maaf

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lepas, satu video tular di media sosial menunjukkan pagar utama Masjid Putra telah dibuka untuk seorang VIP yang menaiki kenderaan mewah walaupun jelas kelihatan jemaah lain yang telah tiba dahulu beratur di luar pagar menunggu giliran.


Ekoran ini, Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim telah pun membuat siaran langsung di Facebook miliknya untuk menjelaskan perkara ini.

Menerusi live tersebut, Ustaz Zaidi menjelaskan yang mengikut SOP terkini, seramai 300 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra.

10% kuota khusus untuk golongan kenamaan

Bagaimanapun, disebabkan Masjid Putra yang terletak di Putrajaya ini bersebelahan dengan Pejabat Jabatan Perdana Menteri, terdapat kuota khusus sebanyak 10% atau pun 30 tempat yang dikhaskan untuk golongan kenamaan menunaikan solat Jumaat.

Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan.

“Kita nak bagi peluang kepada VIP – pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat.

“Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, 270 kuota untuk jemaah biasa.”

“First come first serve”

Tambahnya lagi, slot selebihnya sebanyak 270 pula dibuka kepada orang awam yang nak tunaikan solat Jumaat di Masjid Putra namun ianya mengikut konsep first come first serve basis.

“VIP fatang lambat boleh masuk sebab dah bagi nama awal, slot itu hak mereka. Nama mereka dah ada.”

Tak reda video ditularkan

Selain itu, Ustaz Ikmal turut meluahkan rasa terkilannya atas tindakan individu yang merakam kejadian itu dan mendakwa terdapat layanan berbeza di antara VIP dan orang awam.

Disebabkan ini, Ustaz Ikmal mengatakan yang dia berdoa supaya individu tersebut mendapat hidayah daripada Allah namun akui tak reda dengan perbuatan tersebut dan meminta individu terbabit datang berjumpa dengannya dan memohon maaf.

Lepas tu ambil gambar. Itulah perangai orang kita. Saya nak cakap saya tak redha benda tu. Saya doakan supaya orang yang ambil gambar viralkan ini dapat hidayah Allah. Tapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf. “

 

Baca: Polis Tahan 12 Individu Berkumpul Untuk Solat Jumaat Secara Bersembunyi

Screenshot 2021 09 13 At 12.16.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.