in

Polis Tahan 12 Individu Berkumpul Untuk Solat Jumaat Secara Bersembunyi

Cover 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara cuba menunaikan solat Jumaat secara bersembunyi, 12 individu termasuk warga asing telah ditahan dan dikenakan kompaun di sebuah premis perniagaan di Taman Nirwana, Ampang.


Menurut sumber, serbuan yang dilakukan pada pukul 1.30 tengah hari lalu mendapati kesemua individu terdiri daripada enam lelaki tempatan dan enam lelaki warga asing.

Whatsapp Image 2021 06 18 At 20.35.09 1 E1624019871882

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, siasatan lanjut mendapati 12 lelaki tersebut berkumpul di dalam premis dan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Polis

Sambung beliau, kesemua 12 lelaki ini ialah pekerja di premis itu bagi syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo yang dimiliki warga tempatan.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati kesemua warga asing memiliki dokumen pengenalan yang sah,

Pemilik syarikat berkenaan telah dikenakan kompaun RM11,500, manakala pekerja tempatan pula dikenakan kompaun RM1,5000 setiap seorang.

 

Kredit: Utusan

BACA: Buat Banyak Sesi Untuk Jemaah, Pemuda Ini Kongsi SOP Solat Jumaat Di Jepun

Cats 72

Sumber: Kosmo
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.