in

[VIDEO] Gempa Paling Kuat Dalam Tempoh 20 Tahun, Saksikan Detik Rakaman Kejadian Sewaktu California ‘Bergegar’

Untitled Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk California Selatan dikejutkan dengan gempa bumi paling kuat pernah direkodkan dalam tempoh dua dekad.


Gegaran berukuran 7.1 magnitud itu dilapor telah mengakibatkan kerosakan kediaman dan bangunan serta banyak jalan raya mengalami keretakan.

Betapa kuatnya gempa kali ini sehingga ia dapat dirasai sehingga ke daerah timur Las Vegas sampailah ke Mexico!

Caliquake 1

Difahamkan juga, beberapa bangunan pencakar langit di sekitar Los Angeles turut dilaporkan bergoyang dan bergegar selama hampir 30 saat.

Sejurus kejadian, orang ramai mula berkongsi rakaman detik-detik mencemaskan sewaktu kejadian berlaku.

Dan antara yang menjadi tular di media sosial adalah satu video menunjukkan dua pembaca berita berada dalam keadaan panik apabila dikejutkan dengan gegaran tersebut, sewaktu sedang bersiaran secara langsung.

Selain itu, seorang pengguna Facebook turut berkongsi beberapa rakaman lain yang berjaya diperolehnya dari laman sosial — antaranya termasuklah detik-detik orang ramai berpusu-pusu keluar dari sebuah restoran dan persembahan pentas yang terganggu akibat gegaran itu.

Posted by Lipan Bara on Saturday, July 6, 2019

Posted by Lipan Bara on Saturday, July 6, 2019

Posted by Lipan Bara on Saturday, July 6, 2019

 

Meskipun tiada korban jiwa dilaporkan setakat ini, namun bencana alam terbaru itu sudah tentu mendatangkan trauma dalam kalangan penduduk yang bimbang sekiranya berlaku gegaran susulan yang lebih kuat selepas ini.

Apapun, kami mendoakan keselamatan seluruh penduduk California.

 

Baca: Makmum Dah Lari Sebab Gempa Bumi, Namun Lihat Apa Yang Imam Ni Buat

Gempa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.