in

[VIDEO] Gadis Stesen Minyak Terkedu Pelanggan Perli Kerja ‘Cashier’ Sebab Belajar Tak Tinggi

Ft Gadis Diperli Pelanggan Stesen Minyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang gadis mengenai kisahnya sebagai seorang cashier di sebuah stesen minyak.


Nurizzati Nazmi, mendedahkan bahawa dia diperli oleh salah seorang pelanggan di stesen minyak berkenaan yang memandang rendah dan menghina pekerjaannya sebagai seorang cashier yang telah membuatkan Izzati terasa dengan kata-katanya.

@izzatynazmii._

Assalammualaikum☺️so dekat sini aku nk ckp sikit untuk sesiapa ja dkt luar sana tu,tlong jangan sesuka hati nk hina org mcm org lain tu xda perasaan..? Kita tak tahu pun hidup org tu mcm mna..setiap org ada masalah dan ujian hidup masing ii..?And kita semua kena tahu lah adab mcm mna nk bercakap dgn org lain xkisah lah org tu siapa sekalipun..adab dan akhlak tu penting ya..? Dan teruntuk PAKCIK,kalau video ni lalu dpn muka pakcik,saya just nak ckp yg saya paling xsuka org menghina saya,dan pakcik xperlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi ii or what? Sebab pada saya skrg mkn pakai saya alhamdulillah cukup,dan saya xpernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dkt rumah org?apatah lagi dkt rumah PAKCIK kan?so PAKCIK just shut up okay?? #fypシ #fypp #xyzbca #biadap

♬ Antassalam – Fairuz Band

“Saya tengah scan tag harga, pakcik tu tanya dah habis sekolah ke? Saya pun cakap dah habis dah. Saya anggap biasa je solan tu.”

“Lepastu dengan muka dan nada dia yang angkuh, dia cakap mesti belajar tak pandai ni, itu yang kerja stesen nminyak. Saya terkedu, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba kena herdik,” katanya.

Bercerita lanjut, Izzati memberitahu bahawa pakcik tersebut seterusnya mempersoalkan pilihannya itu untuk bekerja sebagai seorang juruwang di stesen minyak.

“Dia tanya kenapa tak belajar tinggi-tinggi, boleh dapat gaji RM6,000 ke atas. Kerja macam sekarang dapat je la gaji RM1,500. Dia cakap tu dalam nada biadap. Saya tahan diri dari hilang sabar, saya tetap jawab dengan sopan.”

“Sedih bila dengar apa yang keluar dari mulut pak cik tu, rasa kecil sangat diri ni,” ujar Izzati.

Screenshot 11

Bagaimanapun, Izzati tidak menafikan ada kebenaran di sebalik perlian pak cik itu serta dia menganggap ia sebagai kata-kata pembakar semangat.

Menurut Izzati, bukan dia tak mahu sambung belajar namun, dia bekerja agar dapat bantu kewangan keluarga setelah ibu bapanya bercerai.

Tambah Izzati, dia sudah pun berdamai dengan nasib dirinya itu serta memaafkan cacian yang dilontarkan pelanggan terbabit.

Sabar la ye! Semoga ada hikmah yang tersembunyi..

Sumber : TikTok, mStar

Baca : “Dah tunggu la situ” – [VIDEO] Tertinggal Anak Di Stesen Minyak, Reaksi Kasar Ibu Dikritik Netizen

Ft Anak Tertinggal Stesen Minyak 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.