in

[VIDEO] Gadis Starbucks Buat Hal Lagi Kali Ini Menangis Sebab 4Fingers, Saja Viral Sebab Nak Promote Lagu?

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak dulu pernah viral video seorang gadis menangis gara-gara kekasihnya mempersoalkan kenapa harga minuman dari Starbucks terlalu mahal?


Nak dijadikan cerita lepas tu ada lagi video viral menunjukkan gadis ini menangis lagi sekali lepas di bawa pergi ke kedai mamak walaupun pada awalnya dia minta untuk makan di Teh Tarik Place.

@sutradaramalaya

Nak tnya, teh tarik place tu level mamak ke? . Bagi saya level bangsawan… #fypage #fyp #fypシ #tehtarikplace #fypage #tehtarik

♬ original sound – Izaq Yuzaini – Izaq Yuzaini

Ekoran ini, ramai netizen telah meminta agar lelaki ini hentikan posting tunjuk perangai pasangannya ini kerana membuatkan ramai netizen meluat dan menyampah.

Pun begitu baru-baru ini, gadis ini sendiri telah memuat naik video menunjukkan dia dimarahi oleh kekasihnya gara-gara 4Fingers. Lah apa cerita pulak ni? Tak penat ke asyik nangis?

Dalam video tersebut, lelaki ini telah mempersoalkan kenapa teman wanitanya itu menangis dan bergaduh hanya kerana dia tanya “ada duit ke tak?”. Korang tengoklah sendiri…

@paperfarah

Korang nilai la sendiri , selalu orang tanya kenapa i kuat nangis ? sebab cara dia bercakap kasar . kalau la boleh i record before kejadian? #fyp

♬ original sound – PaperFarah – PaperFarah

Rata-rata netizen yang menonton video ini menyokong lelaki tersebut dengan mengatakan soalan lelaki itu legit dan tak ada apa-apa masalah pun. Malah, dorang juga rasakan gadis ini yang terlalu emosi.

Screenshot 2022 01 19 At 1.23.33 Pm Down

Saja buat content sebab nak promote lagu?

Bagaimanapun, segelintir netizen yang membuat pencarian lanjut mengenai gadis yang suka menangis ini menemui yang dia sebenarnya ada keluarkan single pertamanya.

Jadi menurut dorang, gadis ini sengaja buat content macamni sebab nak viral dan promosikan lagunya itu. Yekeni?

Screenshot 2022 01 19 At 1.29.06 Pm Down

Ahh pulak dah… Tapi kalau betul ni content je pandai betul dorang dua ni berlakon. Boleh jadi pelakon pulak lepas ni kot? Atau mungkin dia memang jenis lembut hati, tegur sikit nangis… Ada je orang macam ni kan? Husnuzon je lah guys…

 

Baca: [VIDEO] Viral GF Menangis Lepas Kena Soal ‘Kenapa Beli Air Mahal’, BF Akhirnya Buka Mulut

Screenshot 2022 01 19 At 1.42.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.