in

[VIDEO] Ernie Zakri Terbahak Sampai Melompat Tengok Peminat Parody AJL Gundah

Ft Ernie Zakri Terhibur Dengan Peminat Buat Parodi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ingat masa Anugerah Juara Lagu tahun lepas, salah satu persembahan iconic adalah lagu yang memenangi vokal terbaik iaitu Gundah daripada Ernie Zakri.


Penangan gubahan susunan lagu bersama vokal mantap Ernie ini pernah menjadi siulan orang ramai sampai wujudnya Gundah Challenge di TikTok tahun lepas.

Untuk para peminat, semestinya ia masih evergreen sampaikan ada yang buat parodi untuk persembahan tersebut hingga kini.

 

Tak rilek dia punya terhibur tu – Netizen

Baru-baru ini, Ernie dikatakan ada buat satu sesi gathering bersama para peminat yang dinamakan “Terjalak Raya with Ernie Zakri.”

Dalam sesi tersebut, dilihat seperti mereka berhibur, termasuklah satu acara yang kini sedang menjadi perhatian orang ramai.

Dilihat para peminat ada buat parodi persembahan-persembahan Ernie sepanjang beliau beraksi di pentas AJL.

Apa yang jadi perhatian adalah, parodi itu disaksikan oleh Ernie sendiri, yang mana dia kelihatan begitu terhibur dengan gelagat peminatnya lip-sync lagu Gundah versi AJL sehinggakan ketawa terbahak-bahak menyaksikan aksi peminatnya itu.

@syukfendi

My Parody of #GundahAJL in front of Queen @erniezakri23 ???? Gurau2 je ok sori kalo terover????? #JustForFun #ErnieNators #Ernienator #TerlajakRayaWithErnieZakri #GundahAJLParody #ParodyAJL #ParodiAJL #GundahAJLParodi #ParodyAJLErnieZakri #GundahAJLParodi #erniezakri #ernie #fyp #fypシ #viral #trending #trendingmalaysia

♬ original sound – syukfendi – syukfendi

Dalam masa 14 jam, video ini telah meraih lebih daripada 152K jumlah tontonan dan menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sama terhibur dan suka melihat reaksi Ernie yang gembira melihat kelakuan mereka.

Screenshot 2022 06 27 172802 Screenshot 2022 06 27 172836

Min pun sama suka tengok reaksi sweet Ernie bila lihat peminatnya begitu menghargai dirinya.

Baca : [VIDEO] Penangan Big Stage, Ernie Zakri ‘Belanja’Lagu Bengawan Solo Di TikTok!

Fi Ernie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.