in

[Video] Cyclist Angkut Basikal Masuk Cafe Dekat Tingkat 1, Undang Kecaman Netizen

Cafe11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu mengenai sikap-sikap penunggang basikal ini dijadikan bualan hangat semula di media sosial, apabila video aktiviti mereka dirakamkan oleh pengguna jalan raya.


Bukanlah, nak kata berbasikal itu tak bagus, tetapi kalau dah menganggu pengguna jalan raya pastinya ia mengundang kemarahan orang awam.

Bukan lah semua tetapi, segelintir daripada mereka ini ‘besar kepala’ atas jalan, kalau dilanggar pemandu juga yang salah.

 

“Bakal pelumba basikal negara”

Tak cukup dengan buat perangai di atas jalan, ada pula puak-puak ini bawa masuk basikal mereka kedalam cafe.

Kejadian ini dirakam menerusi kamera CCTV di Koffie Lane, Prima Saujana Kajang.sekitar 2 minggu lepas. Dalam rakaman yang dikongsikan oleh pemilik cafe tersebut, dilihat 2 orang cylist bawa masuk basikal ke dalam cafe itu biar pun di dalam ruang yang terhad.

 

Staff tak berani nak halau

Kata pemilik cafe  Amar Zulkifly kepada Lobak Merah, dia tak terifkir ada pelanggan sampai ketahap bawa basikal ke dalam cafenya memandangkan tempat kedai kopi itu terletak di tingkat 1.

Katanya lagi ketika kejadian, dia masa tu tengah tak ada di cafe tersebut.

“Bila saya balik, customer ini dah nak balik dah. Jadi tak sempat nak cakap apa apa. Staff tak berani nak halau customer sebab saya tiada di kedai. Diaorang tak ada buat apa apa tindakan tanpa approval dari saya. Staff budak je, so maybe diaorang tak berani”

Sebagai pemilik kedai, Amar tidak begitu berkenan dengan cara mereka berdua ini kerana bimbang kebersihan terjejas memandangkan kedainya itu indoor.

“Hopefully takde yang buat lagi sebab im a bit concerned pasal hygiene sebab kedai indoor and family friendly. Taknak pulak ada tanah or pasir dekat tayar bersepah ke ape.”

Tweet video tersebut telah meraih 5.3K jumlah perkongsian sejak ia dimuatnaik semalam, rata-rata netizen bengang apabila melihatnya dan anggap tindakan itu dah keterlaluan.

 

Tak payahlah minum dekat tempat tertutup – Netizen

Tidak dinafikan basikal mereka itu harganya mahal, tapi, tak salah kan kalau pergi lain waktu tanpa bawa basikal atau pilih alternatif dengan pergi ke kedai lain.

Cafe Cafe2 Cafe3 Cafe4 Cafe5 Cafe6 Cafe7

 

Baca : Cara Baru Ke? Lelaki Pura-pura Beriadah Dengan Berbasikal, Rupa-rupanya Pergi Merompak

Basikal

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.