in

Cara Baru Ke? Lelaki Pura-pura Beriadah Dengan Berbasikal, Rupa-rupanya Pergi Merompak

Ft Rompak Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kali korang dengar individu atau sekumpulan penjenayah yang tertangkap memecah masuk rumah orang, mereka ini pasti akan datang dengan menaiki kenderaan seperti van, kereta atau hanya bermotosikal yang diparkir di tempat yang tersembunyi.


Alasannya adalah supaya mudah untuk mereka melarikan diri gara-gara takut sekiranya ‘kantoi’ dengan tuan rumah atau penduduk yang lain.

Namun, pernah tak korang dengar perompak yang memecah masuk rumah orang hanya dengan berbasikal?

Uiks, cara baru ke ni? 

Semalam, seorang lelaki ‘kantoi’ melakukan kegiatan merompak apabila dia telah ditahan pada waktu Subuh oleh pasukan cegah jenayah Balai Polis Padungan, Kuching.

 

Guna basikal sebagai kenderaan ‘rasmi’

Apa yang menghiburkan, suspek menjalankan kegiatan merompak hanya dengan bermodalkan sebuah basikal yang digunakan sebagai kenderaan ‘rasmi’ untuk menjalankan jenayah itu.

Feat Rompak Basikal

 

Pura-pura ‘beriadah’ waktu tengah malam

Memetik laporan Harian Metro, lelaki itu dikatakan telah berpura-pura untuk melakukan aktiviti ‘riadah’ dengan berbasikal pada tengah malam untuk mengaburi mata pihak polis.

Padahal dia sebenarnya aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar kawasan tersebut pada waktu malam sehinggalah dia akhirnya berjaya ditangkap di Jalan Petanak sekitar jam 3.45 pagi semalam.

 

Beg penuh berisi alat pecah rumah

Pemeriksaan yang dilakukan terhadap suspek berjaya menemukan sebuah beg yang turut dibawa bersama yang mengandungi pelbagai peralatan pecah rumah.

Antaranya termasuklah pemotong dawai, pemutar skru, spanar boleh laras, spanar gabung, pemutar skru, lampu suluh dan juga pisau kecil.

Feat Rompak Alat

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu juga gagal memberikan keterangan yang munasabah mengenai pemilikan sebenar basikal yang digunakannya itu.

Alahai cikai sangat tu. Rompak guna basikal curi pulak. 

Bukan itu sahaja, suspek turut mengaku pernah memecah masuk ke dalam sebuah pejabat kelas tuisyen di Jalan Mendu pada bulan Julai yang lalu.

 

Ada rekod jenayah lampau, positif methampethamine

Melalui hasil semakan, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampethamine.

Tambah Merbin, suspek mengaku melakukan kegiatan pecah rumah dan mencuri gara-gara untuk mendapatkan wang mudah untuk membeli bekalan dadah.

Suspek telah direman sehingga 7 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga denda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ‘tersungkur’ ke tanah juga. 

Baca: Remaja 15 Tahun Tengah ‘Lalok’ Dadah, Merompak Stesen Minyak Baca Rompak

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.