Setiap orang mesti ada nenek yang korang sayang sangat, kan? Cucu mana je yang tak sayang nenek dia. Walaupun berbeza generasi, tapi kasih sayang antara cucu dan nenek ini sama ibarat ibu dan anak.
Tak semua orang berpeluang untuk sempat hidup bersama moyang diorang tapi lelaki ini boleh dianggap bertuah sebab dia masih boleh dapat kasih sayang dari moyang dia yang sudah berumur 105 tahun.
Lebih banyak duduk dan beribadat
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh amirshain di Tiktok, dia berkongsi detik-detik dia bermanja-manja dengan moyang dia di bilik.
@amirshain Sapa yang still ade moyang ?? Sepp sikit .. berapa umur moyang korang ? #fyp
Bercerita kepada mStar, pemuda berusia 25 tahun ini beritahu yang dia tak aktif sangat dekat Tiktok dan agak terkejut bila video dia dan moyang dia mula viral sehingga dapat lebih 1 juta views.
Pemuda bernama Amir Shain Mohd Jamal ini bercerita yang moyang dia lebih banyak duduk dan beribadat sebab sudah tidak berupaya untuk berjalan.
“Alhamdulillah, pendengaran dan penglihatan moyang saya masih okay. Dia lebih banyak menghabiskan masa buat aktiviti di dalam rumah sahaja.”
Selalu bagi nasihat
Juga mesra digelar ‘Buyut’, moyang yang mempunyai 4 orang anak dan 10 orang cucu serta 6 cicit adalah seorang yang jenis suka berborak dan bercerita tentang pengalaman dia zaman dahulu dekat cucu dan cicit.
“Moyang suka cerita waktu zaman komunis dan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Moyang cerita yang dulu kalau nak makan susah sangat, hanya makan keledek.”
Selain bercerita, moyang selalu juga bagi nasihat dekat mereka sekeluarga untuk sentiasa buat kebaikan dan tinggalkan kejahatan.
“Moyang selalu pesan jangan buat benda jahat, selalu ingat orang tua. Kalau ada duit tu jangan membazir dan kena selalu jaga solat.”
Amir juga kagum dengan moyang dia yang masih kuat melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah.
Ramai yang rindu nenek lepas tengok video ni
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula rasa rindu dekat nenek diorang yang sudah lama tak berjumpa dan ada juga yang sudah meninggal dunia.
Seronoknya ada moyang lagi. Kita doakan semoga moyang Amir dipanjangkan umur dan masih dapat beribadat kepada Allah. Amin…