in

“Habis baju aku kau pakai”- [VIDEO] Cucu Lelaki Menari Pakai Baju Nenek, Sekali Kantoi Dengan ‘Owner’ Pulak

Cats 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau balik kampung selalu tak usik nenek korang? Kadang-kadang tu saje je usik sebab nak lepaskan rindu sebab dah lama tak jumpa. Betul tak? Haih, cakap pasal nenek, tiba-tiba rindu nak balik kampung. Dah lama tau tak balik.


Setiap cucu mesti ada sahaja idea nak usik nenek kesayangan diorang. Nakal-nakal pun tetap nenek sayang haaa tak ke gitu.

 

Pakai baju nenek sambil menari

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Aiman Ashraf baru-baru ini di Instagram, kelihatan wanita yang mesra dipanggil umi tengah lipat baju dekat lantai. Tiba-tiba, dua beradik lelaki ini terfikir untuk mencuba pakaian nenek diorang.

Segala baju, kain dengan serkup nenek diorang pakai. Memang kelakar weh!

Bukan itu sahaja, diorang siap pasang lagu R&B kuat-kuat satu rumah dan menari dengan baju nenek. Ya Allah sabar jelah nenek kalau nampak tu.

 

Nenek terhibur tengok cucu

Tengah syok menari, tiba-tiba ‘owner’ baju yang diorang pakai itu muncul sambil tanya apa diorang berdua buat dengan baju dia.

“Habis baju aku kau pakai.”

56

Walaupun sudah ‘kantoi’ dengan nenek, dua cucu lelaki ini sambung lagi menari depan nenek untuk bagi nenek diorang terhibur. Siap ajak nenek menari sekali tau.

“Nenek come on nek.”

Njmm

Terhibur melihat gelagat cucu, nenek konon-konon pukul mereka dengan pukulan ‘manja’ dekat diorang.

Sabar jelah nenek dapat cucu suka sakat ni.

 

Bukan nenek je, netizen pun terhibur

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen pun terhibur tengok gelagat dua beradik itu yang saja-saja cuba baju nenek. Memang masuk air diorang berdua ni tau.

Photo6194994621285772645

Photo6194994621285772646

 

Sumber: Aiman Ashraf

Baca:”Macam mana boleh jatuh tu?”- [VIDEO] Kelakar! Cucu Gigih Cari Gigi Palsu Nenek Terjatuh Dalam Kolam Ikan

Hbhb

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.